Sunday, May 29, 2011

MAIN-MAIN HANTU

"Hantu Terbang"

Cerita seorang member yang kena usik dengan kawan-kawan lelaki yang nakal dan suka mengusik budak-budak perempuan yang tinggal di asrama. Adatlah bila tinggal di asrama biasanya cerita pasal hantu mesti ada. Takda kerja lain nak buat malam-malam selain suka mengusik. Cerita ni kawan aku sendiri yang cakap macam mana dia dan kawannya kena usik dengan budak-budak lelaki yang tinggal di asrama sebelahan dengan asrama dia orang. 

        Bila hari minggu, Milah dan Hasnah suka keluar ke pekan sampai lewat malam. Masa nak balik asrama tu kena jalan jauh masuk ke dalam sebab teksi tak boleh masuk kawasan asrama perempuan. Sepanjang jalan nak ke asrama banyak pokok-pokok besar di tepi jalan terutamanya poko0k sena dan pokok jejawi yang tinggi, besar dan banyak akar-akar berjuntai. Memang seram gila katanya. Disebabkan dia berjalan berdua jadi tidaklah terasa takut sangat.  Jadi sepanjang berjalan tu mereka dua menyanyi-nyanyi untuk menghilangkan rasa takut.

        Rupa-rupa tanpa pengetahuan dia orang, Malik dan Hadi sudah buat plan nak takutkan dia orang berdua. Si Malik ni dah jadi hantu pocong dengan muka dilumor dengan madu dan nescafe kemudian di taruhnya sirap merah kat mulut, sebiji macam hantu. Si hadi pula pakai kain putih dan rambut palsu macam pontianak. Betul-betul perangai mereka macam setan. Kata Milah dia orang tu buat macam tu sebab nak balas dendam kerana tidak mahu keluar dengan mereka berdua pergi dating di pekan sebab itulah dia buat macam tu.

           Malik menyorok kat belakang pokok Sena yang besar dan tinggi di tepi kolam ikan dan si Hadi pula memanjat pokok jejawi kononnya nak bergayut macam pontinak. Bila mereka berdua nampak kelibat si Milah dan Hasnah, Hadi yang berada di atas pokok Jejawi mulalah bergayut kat akar-akar pokok jejawi dan memasang suara pontianak mengilai, apalagi Hasnah dan Milah terkejut sakan dan menjerit ketakutan, lari lintang pukang kemudian si Malik pula sergah mereka di depan sambil melomnpat-lompat macam pocong.

          Bertambahlah terkejut dan membuatkan Milah dan Hasnah menjerit-jerit minta tolong. Hadi dan Malik ketawa terbahak-bahak bila melihat Hasnah dan Milah ketakutan. Tetapi mereka salah sangkah yang menyebabkan Hasnah dan Milah menjerit sakan adalah disebabkab mereka dah nampak hantu langsuir terbang melintasi kepala mereka.

          "Langsuir....langsuir...." jerit Milah.
      
          Hadi dan Malik pun hairan bila dengar Milah dan Hasnah menyebut Langsuir, mereka pun mendongak ke atas, alangkah terkejutnya dia orang bila nampak langsuir terbang sambil mengilai, apa lagi mereka berdua pun lari lintang pukang. Hadi terus melompat terjun ke bawah, kakinya terhenjut-henjut lari lintang pukang bersama Malik.

          Esoknya hebah di asrama Hadi dan Malik demam seminggu, begitu juga Milah dan Hasnah meracau ketakutan. Hadi dan Malik kena denda cuci tandas selama dua minggu. Bila mereka berempat berjumpa, masing-masing geli hati bila mengingatkan kembali masa mereka belajar di kolej.









Sunday, April 24, 2011

JANGAN BERANI AMBIL SEBARANGAN BATU-BATU KAT SUNGAI


        Saya saja nak cerita pasal batu kat sungai, saya bukan saja-saja nak buat cerita tau, terpulanglah kalau nak percaya, tetapi memangnya terjadi kat kawan satu office saya.  Budak perempuan ni jenis lemah semangat  budaknya. Kat office dia akan cari saya kalau terkena tegur ataupun nak urut sikit-sikit kat tangan ke, kaki ke atau bahu.  Cuma kawan-kawan terdekat je yang mana tahu akan cari saya. Tapi...bukan pun pandai sangat, sebenarnya apa-apa pekerjaan yang kita buat adalah kerana Allah dan seikhlas hati untuk menolong.

        Saya namakan kawan saya ni, Ani. Budaknya cantik juga, gila-gila sikit perangainya. Satu ari tu dia cari saya, katanya kakinya lemah sangat, lenguh lain macam dan terasa panas, badan tak berapa sihat macam seram sejuk. Jadi dia cari saya macam-macam tau saja saya ni boleh tolong dia, sebenarnya saya bukanlah pandai macam tok bomoh, kadang-kadang bila orang minta tolong, saya tolonglah, kalau kita yakin pada Allah, dia pun yakin kita boleh membantunya, insyaallah boleh sembuh. Itupun saya cuma baca ayat Kursi, Tiga Kul dan Bismillah sebanyak 21 kali dan bertawakal kepada Allah.Saya tanya dia ada mimpi apa-apa tak? Dia kata dia mimpi banyak lebah, saya cuma senyum saja. Kemudia saya tanya dia, ada pergi ke mana-mana tak? Dia kata dia ada pergi mandi Kat Templer Park. Saya senyum lagi sebab saya tau tempat macam tu keras sikit lebih-lebih lagi kalau tak jaga tingkah-laku kita. Kemudian saya tanya lagi, ada ambil apa-apa kat situ. Dia kata dia ada ambil batu-batu kecil untuk hiasan kat rumah. Saya nasihatkan lain kali kalau nak ambil apa-apa benda kat hutan atau sungai kena minta izin sebab kita tak tau mungkin kita dah ambil kepunyaan makhluk halus. Saya nasihatkan dia nanti pulangkan balik batu tu ke sana.

       Sebenarnya saya pernah sekali bawa anak-anak mandi kat Templer Park, itupun saya cuma bawa anak mandi kat kawasan air sungai cetek saja, malas nak pergi panjat kat air terjun yang tinggi tu. Masa saya tunggu anak-anak mandi, saya duduk kat pokok buluh yang merimbun, entah kenapa hati saya tak sedap saja, macam berkata-kata tempat tu ada penunggunya. Saya macam biasa bacalah apa yang patut. Malam tu saya mimpi pergi ke rumahnya yang tempat tinggalnya di atas pokok, seram jugalah, kalau nak tau itulah rumah jin sebab ada tiga beranak. Jadi....sebab itulah saya tau kita tidak boleh sebarangan terjah tempat mereka, macam saya tu mungkin makhluk tu saja nak tunjuk saya rumahnya kat situ.

      Kesian juga tengok si Ani tu, berkerut dahinya menahan sakit, jalan pun terhenjut-henjut. Saya suruh dia ambil air satu gelas dan saya bacakan ayat-ayat seperti saya kata tadi, hembus sikit kat air tu kemudian saya renjis-renjis kat kaki dia. Nak tau apa terjadi?  Ani terus menjerit, panas kata dia, saya gelak saja takut-takut dia bergurau. Dai kata dia tak main-main, memang rasa panas semasa saya jirus air tu kat kaki dia kemudian saya suruh dia minum air tu dan urut sikit kakinya yang lenguh. 

       Bila saya balik kat office, dia talipon kata dah ok, dah kurang sikit lenguh di kakinya. Saya nasihatkan dia nanti bila balik rumah sewaktu mandi baca ayat Kursi lagi. Esoknya dia datang jumpa saya cerita malam tu dia mimpi ada budak kecik lambai-lambai kat dia dan cakap terima kasih. Saya cuma nasihatkan dia lain kali jangan berani ambil benda-benda kat hutan atau sungai, maklumlah bukan kita saja yang tinggal di bumi ni. Apa yang saya tau si Ani memang muda lemah semangat selalu juga nampak benda-benda halus.

Saturday, April 16, 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI



BEN ASHAARI BIKIN GEGAR LAGI....! Nak kumpul seberapa banyak blog bermula hari ini ( KHAMIS - 14/04/2011 ) sehingga AHAD ( 17/04/2011 ) Tujuan ? Belum tau lagi .. Mungkin nak buat segmen berdasarkan blog tu.. atau apa apa je la... tapi dia kata takde hadiah, tapi kalu sapa-sapa nak tau berhantu ke tidak abang handsome kita ni, jointlah blog dia.... sekadar untuk menambahkan lagi kenalan blogger katanya dan manalah tau blog kau orang pun semakin banyak trafik dan semakin berhantu macam blog aku ni.

Kalau suka kat BEN ASAHAARI ni boleh juga joint kat FB dia.




Thursday, April 7, 2011

AMARAN DARI ALLAH DI DALAM MULUT BAYI......

View Haliza Helmi Facebook



AMARAN dari ALLAH ...DI DALAM MULUT BAYI
AMARAN dari ALLAH ...DI DALAM MULUT BAYI..






Message: Begini ceritanya.... Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut.

Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut..............Nak tahu ape dia???????? Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia, sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"

Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa
Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang
ketibaan hari kiamat.. Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut...

Adakah anda percaya ?Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhye lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye. Dan didalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda tanda hari kiamat ialah apabila orang islam sendiri yang membenci islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di negara kita. Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila...........Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini.Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia.....untuk menanti ketibaan hari kiamat....................

Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ....timur tengah, barat dan timur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan.Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama sama kita renungkan...buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari....sabarlah menanti.....sekian

Ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan kepada saya..oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.. sekian..

Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan disebuah akhbar berbahasa Cina)

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)

Sunday, March 20, 2011

MISTERI NENEK TUA DI PONDOK BURUK

"Nenek Tua Dalam Mimpiku"


       Entah macam mana tiba-tiba aku berada di sebuah pondok buruk, langsir tingkapnya sudah lusoh dan koyak rabak. Pondok buruk tu cuma diperbuat dari buluh dan atapnya dibuat dari daun nipah. Cuma ada satu ruang saja.  Lantainya pun macam dah nak reput, aku cuma berdiri saja, kaku dan takut. Kemudian keluar seorang nenek tua yang bongok tiga, lebih kurang macam gambar tu, baju kurungnya kelihatan sangat lusuh, koyak rabak dan wajah tuanya menakutkan. Dia cuma memandang aku dan tersengih, tapi tak bercakap sepatah apa pun.
        Tiba-tiba aku tersedar, rupa-rupanya aku cuma bermimpi. Walaupun cuma bermimpi namun begitu mimpi itu sangat menakukan aku. Selang seminggu kemudian aku demam, selsema, sakit perut yang amat sangat macam kena gastrik. Kemudian sakit pinggang dan tak boleh tidur langsung kerana sakit sangat. Aku sebenarnya jarang sakit, kalau demam pun taklah seteruk macam tu. Aku pergi ke klinik, yang hairannya doktor cuma cakap aku kena jangkitan kuman kat tekak dan akibatnya kena kat pinggang? Entahlah macam tak percaya je padahal aku sakit aku tu kemain lagi sakitnya.

         Sakit perut aku berulang semula, macam kena pintal dan memulas-mulas dan pedih, Hai...tak boleh jadi ni, aku rasa sakit aku ni bukan sakit biasa je.  Aku pergi jumpa Kak Long, bila Kak Long pegang kat perut aku, dia dah nak termuntah.

        "Kenapa Kak Long?' tanya aku hairan.

         "Ada benda  kat badan kau ni, dah dua bulan!"

         "Hai...baru kena seminggu sakit perut, kalau demam dan badan rasa tak sedap tu lama juga," kata aku.
         "Ada mimpi jumpa orang tua tak?" tiba-tiba je Kak Long tanya, macam tau-tau je.
         "Haa...kenapa?" aku hairan, Kak Long senyum je.

         "Betullah tu, dia suka kat kau, lagi orang yang ada ilmu."

         "Eeerr...siapa pulak Kak Long?" hairan juga aku cuma ada ilmu mengurut je.

         "Belah suami kaulah, kaukan dulu rapat dengan nenek dia? Kak Long nampak muka dia. Tak apa nanti Kak Long halau dia."

         "Dah lama dah dia meninggalkan?"

          "Alah...biasalah tu, kau kan selalu balik kampung, lagipun tak eloklah benda tu, saka nenek suami kaulah tu," kata kak Long.

         Kemudian Kak Long baca sesuatu dan mengurut perut aku dan bagi air penawar. "Balik nanti minum air ni dan mandi dengan garam yang kak Long jampi. Kak Long dah halau dia balik."
       Malam tu aku terus mandi dengan air garam yang Kak Long beri, selepas mandi tiba-tiba perut aku kembali sakit yang amat sangat, terpaksa kena tahan sakit sebab kak Long kata nanti dia akan kacau lagi.  Esoknya sakit perut aku hilang dan badan pun kembali segar. Kalau sebelum tu aku selalu rasa mengantuk dan badan macam lemah saja. Kak Long kata aku ni tak ada pendinding sebab itulah senang kena ganggu dengan makhluk halus namun begitu kadang-kala aku juga boleh tawar orang yang kena ketegur, susah nak cakap, yang pentingnya hati kena jujur dan ikhlas.



         

Thursday, March 10, 2011

MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR


Video ni dipaparkan untuk kita merenung sejenak betapa Allah SWT itu maha besar, betapa lalainya orang-orang Islam kita yang mengabaikan solat 5 waktu dan juga membuat maksiat tanpa rasa segan silu serta sanggup mempesendakan hukum Agama dengan tanpa rasa kesian dan kasih sayang sanggup membuang anak tanpa rasa berdosa dan takut akan hukuman Allah SWT di akhirat nanti.

Video ini telah membuktikan bahawa Allah SWT menghukum umatnya terus setelah dikuburkan tanpa menunggu tibanya hari akhirat. 


Saturday, March 5, 2011

MISTERI GERAI MAKAN DI BAWAH POKOK KEKABU

Hanya Hiasan

        "Cepat semua kita kena balik kampung ni, nenek sakit," suara cemas Murad.Jelas kerisauan di wajahnya.Isterinya yang baru balik dari kerja juga kelam kabut mengemas apa yang patut, capai saja baju yang ada tak ada masa nak mencari baju.

       "Abang jangankah kelam kabut pula, bertenanglah. abang tukan nanti nak bawak kereta, pergi rehat dulu,mandi dan sembahyang. Budak-budak tu semuanya lapar belum makan lagi," tegur isteri Murad.

        "Errr....takpelah, nanti kita singgah kat gerai kalau sempat lagipun bukannya jauh sangatnak balik cuma dalam 2/3jam,itupun kalau tak jem."

         "Malik, Ain....cepat mandi, siap cepat nanti lambat balik kampung," jerit Soraya.

        "Yelah.....! Ain lapar ni."

        "Nanti kita makanlah kat mana-mana, lepas magrib kita jalan," pujuk Murad, di hatinya sangat gelisah memikirkan emaknya yang sakit,tambahan pula abang Long bagi tahu sakit emaknya  bertambah teruk sebab kencing manis dan pengsan dan berada di hospital.

         "Penatlah, ayah..Malik banyak kerja sekolah ni, esok kena siap jugak."

        "Bawaklah buku-buku tu nanti kat kampung boleh  buat, esok ayah akan telefon cikgu Malik dan Ain,"
kata Murad.

        "Esok tak sekolah ye,ayah?" tanya Ain, gembira.

        "Ooiii....seronoknya tak sekolah ye?Nanti cikgu marah abang tau!" marah Malik.

        "Eeei.....sudah-sudahlah tu, bergaduh pulak dia, cepat siap!dah bawak buku-buku tu?Dah masukkan dalam kereta semua bag tu,kejap lagi nak gerak selepas ayah habis solat magrib."

       Selepas solat magrib Murad memulakan perjalanan ke Melaka, masing-masing dah kelaparan dan penat. Ain dan Malik dah mula merengek nak makan.

       "Ayah....ayah...tu ada gerai,berhentilah, ayah!" kata Malik kepada Murad, jarinya sibuk menunjukkan sebuah gerai makan seperti pondok kecil di tepi jalan.

         "Malik....kita makan tempat lainlah, kita berhenti kat Tempat Rehat, situ cantik sikit."

         "Yelah,Malik. Mak tengok macam tak ada orang je, lagipun kawasan ni gelap je," pujuk Soraya.

         "Tak nak, Malik lapar ni, tak kira...nak makan kat situ juga, tu ada orang tu,eloklah orang tak ramai," kata Malik berdegil.

          "Ayah,pokok apa yang besar tu? tanya Ain hairan kerana tidak pernah tengok pokok kekabu dan kapasnya banyak bertaburan di tanah.

          "Ni....kalau nak tau,namanya pokok kekabu. Kapas yang orang selalu buat bantal tu." kata Soraya sambil menunjukkan buah pokok kekabu yang telah mengeluarkan kapas.

            "Oh....kapas ni dari pokok ni?besarnya pokok dia," katanya hairan. Mata Ain meliarkan melihat di sekeliling gerai kecil tu. 

            "Ayah, cepatlah oder makanan kat orang perempuan tu," kata Malik tidak sabar.
    
        "Ayah, kenapa dia orang tu pandang-pandang kat kita je?pastu semua senyap je tak bercakap, sombong ye orang kampung ni? tanya Ain dengan suara perlahan.

          "Ishhh...mulut tu,senyap sikit, ni tempat orang, cepat-cepat makan kita tak boleh lama tau."

          "Adik....boleh bagi nasi goreng?" tanya Murad pada seorang gadis berkebaya nyonya, warna putih, rambutnya panjang mengurai hingga ke paras punggung.   

           "Tak da nasi,mee goreng je," lembut je suara gadis tu, cara cakap pun macam stail orang lama.
Murad cuma mengangguk saja, terpukau melihat gadis secantik tu.

           "Ayah,kakak tu cantik kan?"

           "Yelah....cantik sangat,tak pernah tengok orang cantik macam tu.

           "Amboi....dua beranak ni, sempat juga tengok orang cantik ye?" tegur Soraya.

           "Mak, adik bau wangi sangat kakak tu,dia pakai minyak wangi apa ye?adik tak pernah bau wangi macam tu. Minyak wangi mak lain baunya, dia punya sedap betul baunya," kata Ain, Soraya sudah tak sedap hati.

           "Cepat makan, nanti lambat ni,"tiba-tiba Soraya rasa gelisah, lebih-lebih lagi orang-orang yang makan di gerai tu tak mesra alam, macam kedatangan mereka tidak dialu-alukan.

           Selepas habis makan cepat-cepat mereka naik kereta, Soraya yang paling sibuk memaksa anak-anak dan suaminya cepat makan. Sepanjang perjalanan balik ke kampung Soraya hanya berdiam diri,anak-anaknya semuanya sudah tidur kekenyangan. Akhirnya mereka sampai juga di kampung.

          "Alamak.....telefon abang, Aya ada nampak tak?" tanya Malik pada Soraya,puas dia meraba-raba poket seluarnya dan mencari di dalam kereta.

            "Entah-entah abang tertinggal kat gerai tadi tak? macam mana ni?" tanya Soraya.

        "Eerrr....esok jelah kita cari kat kedai tu,lepas tengok mak, bila kita balik nanti singgah kat kedai tu,kalau ada rezeki adalah telefon abang tu,manalah tau perempuan simpankan."

         Murad merasa lega bila melihat emaknya sudah pulih dan berada di rumah, tidak;ah seteruk mana penyakit emaknya cuma kena menjaga makanan dan selalu mengambil ubat untuk penyakit kencing manisnya.
Setelah melihat emaknya sihat,petang itu Murad anak-beranak balik ke Kuala Lumpur. 

           "Balik nanti kita singgah kat gerai semalam, telefon ayah tertinggak kat situ."

           "Ayah ada lagi ke telefon ayah tu?Entah-entah orang dah ambik," kata Malik.

           "Kita singgah je dan tanya kat kakak tu, biasanya orang kampung jujur orangnya."

           "Abang ingat lagi ke tempat tu?" tanya Soraya.

           "Alah....tengok jelah pokok kekabu tu, gerai diakan kat bawah pokok kekabu?"

          "Ayah....tu ke pokok kekabu semalam tu?mana ada gerai....pondok buruk dah nak roboh adalah...!" kata Ain. Malik memberhentikan kereta di tepi jalan.

           "Yelah....tak silap ayah nilah,pokok kekabunya, tapi....mana gerai tu ye?Pondok buruk yang dah roboh ni adalah....!" kata Murad berkerut dahi.

              "Ayah.....tu telefon ayah!" jerit Malik gmbira, dia ternampak telefon ayahnya terletak di atas sebuah meja yang terkopak dan reput.

              "Hairanlah saya,kita makan kat sini ke semalam?" tanya Soraya.

             Murad ternampak seorang tua yang sedang mengayuh basikal menuju ke arahnya.

         "Eerrr.....assalammualaikum...pakcik,saya nak tanya mana gerai kat sini?semalam saya rasa ada makan kat sini." Pak cik tua tu tersenyum dan tergelak.

         "Nak.....sini memang takda gerai...!"

         "Tok....adalah tok, semalam kami makan kat sini, telefon ayah saya tertinggal, kami balik kat sini nak cari telefonlah...!"

          "Memanglah ada gerai, tu dulu....10 tahun dulu,tuannya dah mati kena langgar kereta yang terbabas masuk ke gerainya, ramai dah yang terkena tau," orang tua tu  ketawa kecil dan terus mengayuh basikal.

           "Tok....Tok...tu gerai hantu ke?" tanya Malik tak puas hati. Orang tua tu mengangguk. masing-masing muka pucat jadi....semalam mereka makan apa agaknya. Tiba-tiba mereka empat beranak terasa nak muntah bila memikirkan mee yang mereka makan semalam.

          "Ayah....kita makan cacing ke semalam? macam cerita hantu kat Tv tu?" tanya Ain,lalu dia terus termuntah, bila tengok muntahnya banyak cacing mati yang keluar dari muntahnya. Apa lagi Murad, Soraya dan Malik pun muntah sama. 

              'Isshhhh....cepat naik kereta, emak rasa seram pulak duduk kat pokok kekabu ni."

              "Hah.....lain kali jangan harap ayah nak singgah kat gerai tepai jalan lagi tau."

             Marah Murad pada anak-anaknya.






       










      

Tuesday, February 1, 2011

"Tok!.Cucu nak tumpang buang air"



"Cantik Pemandangan Air Terjun, Tapi Banyak Misteri Disebaliknya"

" Atok...cucu tumpang lalu.....! "Tok...cucu tumpang buang air" Lucukan? Bila orang tua-tua berpesan jangan buang air merata tempat, terutamanya di semak-semak, pokok-pokok besar, di hutan ataupun kat air terjun tempat kita berkelah. Kalau terpaksa juga, kita kena minta izin kat penunggu tempat kita nak buang air, terutamanya kalau kawasan tu macam menyeramkan, ada pokok besar atau kawasan bersemak. Tak percaya? susah juga mak limah nak cakap. Pasal kadang-kala ada logiknya sebab kita tidak nampak benda-benda halus ni. Kita tak nampak tempat dia tinggal, kalau nasib tak baik kita main buang je kat umah dia, jadi bila balik...orang kata nanti anu kita besarlah, bengkaklah dan macam-macam. Masih tak percaya lagi? Kalau nak tau, cuba-cubalah senja-senja tu pergi cari pokok besar dan pergi buang air, nanti ada jadi apa-apa tak? Kalau tak terjadi apa-apa tu, kiranya okeylah tu...! Lagi...dia orang kata biasanya selalu kena kat orang yang lemah semangat, lagi senang kena.

         Sekarang Mak Limah nak cerita kisah Kak Long semasa dia mengandungkan anak keduanya.  Kak Long sampai sekarang cuma ada dua orang anak saja, seorang lelaki dan seorang perempuan . Dia dah tak bolih beranak lagi sebab semasa mengandungkan anak kedua, dia ada masaalah semasa mengandung dan anaknya tu lahir tak cukup bulan. Semuanya bermula seperti apa yang Mak Limah ceritakan di atas, ketika itu Kak Long belum lagi tau apa-apa benda berkaitan makhluk halus seperti sekarang ni. 

          Kisah ni terjadi semasa Kak Long dan suami dalam perjalanan balik dari rumah abang Mak Limah yang tinggal di Kuantan. Semasa dalam perjalanan Kak Long dah tak tahan nak buang air, lantas Kak Long suruh suaminya berhenti bila ternampak ada kawasan perkelahan air terjun. Lantas Kak Long pun mencari tempat yang tersembunyi untuk membuang air kecil, masa tu orang taklah ramai. Selang dua hari Kak Long mulai sakit perut, ada sedikit darah keluar. Abang Long panik lalu bawa Kak Long ke hospital. Apa lagi Kak Long kena tahan, masa tu kandungan Kak Long dah masuk tujuh bulan. Masa berada di wad, Kak Long mula bermimpi yang bukan-bukan dan kadang-kala nampak orang perempuan berbaju putih dan berambut panjang tidur di katil sebelahnya. Apa lagi Kak Long menjeritlah ketakutan, kelam-kabut nurse datang bila tengok Kak Long menjerit dan darah keluar dari bawah

         Sebenarnya doktor pun hairan apa yang berlaku, nasib baik tak terjadi apa-apa kat kandungan dia. Dalam bilik wad tu, Kak Long duduk kelas satu, cuma ada empat katil dan masa kejadian cuma ada dua orang je dalam bilik tu. Bila seorang dah keluar tinggal Kak Long seorang.  Setiap malam selalu juga Kak Long kena ganggu dengan hantu perempuan tu, Kak Long kata hantu tu marah-marah sebab Kak Long dah kencing rumah dia. Barulah Kak Long ingat yang dia dah buang air di tempat larangan. Kak Long tak cerita pada suaminya sebab suaminya tu tidak percaya benda-benda macam tu.

        Kak Long bagi tau pada ayah dan minta cuti satu hari dari doktor kononnya nak balik rumah sekejap, bila dah balik ayah pun bawa Kak Long berubat di rumah kawannya seorang ustaz. Selepas berubat barulah Kak Long tidak lagi diganggu. Selepas Kak Long balik semula ke hospital, tiba-tiba Kak Long sakit perut, rupa-rupanya Kak Long sakit nak bersalin, tak cukup bulan. Alhamdulillah...Kak Long selamat bersalin dan doktor terus ikat peranakannya untuk kesihatannya. Sekarang anak Kak Long dah besar dah masuk umur tiga puluhan dan masih belum kawin-kawin, Masa kejadian tu Mak Limah ingat-ingat lupa umur lebih kurang 13 tahun. Untuk orang yang mengandung tu, kalau nak keluar rumah tu, beringatlah selalu, baca ayat-ayat Kursi sebelum melangkah keluar rumah.

        Percaya tak? Mak Limah tak tau nak cakaplah, terpulang kepada semua kalau nak percaya, cuma Mak Limah nak  ingatkan kita janganlah sesuka hati nak buang air besar/kecil merata-rata tempat,. Kita kena ingat dalam dunia ni bukan manusia je yang ada rumah, makhluk halus puin ada rumah juga cuma kita tak nampak dengan mata kasar. Tapi...kalau dah terpaksa nak buang juga air kecil tu,kena cakap..."Tok!.cucu  tumpang buang air". Jangan ketawa pula, kelakar kan? Kalau masih tak percaya, cuba tanya kat orang tua-tua, apa nanti dia orang cakap.



         

Wednesday, January 19, 2011

PONTIANAK DI POKOK LANGSUIR


"POKOK LANGSUIR"

      Pernah dengar Pokok Langsuir? Rasanya kalau tengok gambar kat atas tu, tentulah semua orang tau tetapi bukannya semua tau nama pokok tu, dari jenis paku-pakis dan hidup menumpang kat pokok-pokok besar. Biasanya orang mencarinya di hutan macam pokok tanduk rusa. Memang orang suka menanamnya sebab cantik dan senang ditanam.

         Tapi.....kenapa pula orang namakannya pokok langsuir? Seram bila menyebut namanya, mak limah rasanya kalau mak limah cerita pasal pokok langsuir ni pasti ada yang tak mau membeli atau menanamnya kan? Adalah sebab kenapa orang namakannya "Pokok Langsuir".

            Mak Limah nak ceritalah ni....sebelum tu mak limah nak bagi tau pasal Kak Long, dia memang suka beli bunga, kalau datang rumah mak limah di Sg Buloh, pasti singgah kat kedai bunga di Kampung Melayu, KUSTA sg Buloh sebab kat situ bunga murah-murah. Kak Long paling suka bunga raya dan ros,macam-macam calour dia beli. Bila dah puas hati, dia akan singgah kat rumah mak limah.  

        "Kak Long dah habis beli bunga ke?" tanya mak limah, bila dia sampai kat rumah bersama anak perempuannya.

             "Dah....tapi sekarang dah mahal sikit, tak banyak bunga raya."

          "Beli tak pokok Langsuir tu? kan cantik tanam kat tepi kolam ikan Kak Long tu," tanya mak Limah sebab Kak Long baru saja membuat kolam hiasan, bunga-bunga tu dibelinya untuk ditanam di tepi  kolam ikannya.

         "Issshhh.....gila kau ni, nanti malam-malam puntianak bertenggek kat atas pokok tu," kata Kak Long.  

         "Alah...mengarut jelah Kak Long ni, tu pokok je, cantik kalau Kak Long tanam kat tepi kolam ikan tu. Lagi pun ramai orang tanam pokok tu."

         "Kau apa tau, kau tak pernah nampak, lagipun kau mana ada tanam bunga kat rumah kau ni. Nak tau Kak Long pernah nampak benda tu duduk bertenggek kat atas pokok tu, sebab itulah orang panggil "Pokok Langsuir"."

          "Ye ke? Isshhh....seramlah!"

        "Benda tu memang suka duduk atas pokok tu, tempat dia bermain.Pokok langusirkan tumbuh atas pokok-pokok besar, jadi benda tu sukalah bergayut, tempat dia main tau tak!"

           "EErrrr....pontianak ke Langsuir?" tanya aku gugup.

           "Dua-dua sama je!"

           "Isshhh...tak cayelah...!"

          "Tak percaya sudah! Tapi.....kalau rajin malam-malam jalan kat rumah orang yang ada tanam pokok ni,manalah tau untung-untung jumpa," usik kak Long.

           "Eerrr...taknaklah! tapikan.....betul juga sebab kat office, dia orang ada tanam pokok langsuir ni kat taman, memang cantik siap ada jambatan kecik. Tapi....malam-malam bila pengawal meronda kawasan tu, dia orang ada nampak perempuan pakai baju putih jalan kat situ,jalan slow je, melayang-layang pergi kat pokok tu."

         "Hah.....betullah tu, dahlah...aku nak makan ni, dah masak?" mak limah cuma diam aje memikir kadang-kala betul juga sebab Kak Long mempunyai keistimewaan boleh nampak makhlus halus.

         Nanti bila baca cerita ni jangan pula takut nak membeli "Pokok Langsuir ni pulak. ANDA BERANI?

"BIRD NEST"

           

Friday, December 31, 2010

MISTERI BATU TERANG MALAM/MATA DEWA

'BATU TERANG MALAM'

Pernah tengok batu ni? Inilah namanya Batu Terang Malam atau Mata Dewa kata orang. Mak Limah pun tak pernah tengok batu ni. Warna batu tu warna hijau muda bila kita letakkan dalam gelap dia akan bercahaya macam kat gambar di ats. Tapi.....kalau ada yang minat agaknya boleh dicari di tempat orang yang jual cincin kat tepi jalan, biasanya selalu ada kat masjid India. Batu cincin ni buat pertama kali mak Limah nampak.

Mak Limah tak taulah apa keistimewaannya selain dari keistimewaan batu itu yang bercahaya dalam gelap. Anak mal Limah kata dia beli kat orang yang jual cincin di depan bank. Mak Limah memang tak suka anak pakai cincin itu sebab kita tak tau asal usulnya. Adik-adiknya kecuh bila tengok cincin berwarna hijau itu bercahaya di dalam gelap. Mak Limah takut nanti batu itu ada isi (ada penunggu). Kalau nak kata mak Limah ni kolot cakaplah, Mak Limah tak kisah pun sebab mak limah pernah kena. Sebelum tu anak mak Limah yang bungsu pernah bawa balik cincin batu warna putih, kawannya beri
Mak Limah cuba test pakai cincin tu, mak limah kata dengan anak,kalau mak limah dapat mimpi yang menakutkan, memanglah cincin tu ada isi. Malam tu memang tepat sekali mak limah mimpi yang menyeramkan, mimpi kuil buddha, cincin tu china yang punya. Bila mak limah bagi tau pada anak dia terus buang.

Suami mak limah pun suka pakai cincin, kalau cincin batu Akid tak kisahlah, tapi...kali ini dia pakai cincin yang kawan dia beri. katanya cincin ni kawan dia buat 'tarik cincin', faham tak? kira-kiranya cara macam mana orang buat 'tarik duit'. Memang cantik kemudian suami beri mak limah pakai sebab batunya kecil saja dan sesuai dengan jari mak limah. Macam biasa mak limah pakailah, selalu kalau benda-benda macam tu semestinya ada orang jaga. Malam tu mak limah mimpi orang perempuan berbaju putih tapi tak nampak mukanya, seram giler....! Esoknya maklimah cerita kat suami, dia boleh gelak besar, dia kata kalau mak limah berhajat apa-apa boleh mintak.....!Wah......!mengarut betul.....mak limah marahkan suami, suruh dia pulangkan balik pada tuan dia.

Berbalik pada kisah cincin terang malam tu, mak limah pun talipon kak Long, cerita pasal cincin yang anak beli, terus kak Long kata buang je ke sungai sebab cincin tu ada isinya. Kak Long kata dengan cara macam tu orang yang jual cincin nak cari pengganti penjaganya. Kak Long kata nanti perangai orang yang pakai cincin tu cepat panas baran dan malas bersolat. Apa lagi mak Limah suruh anak buang, dia tak mau sebab cincin tu dia beli RM50. mak Limahdian je, lama-lama bila dia selalu tanggalkan cincin tu, mak limah ambil dian-diam dan terus buang kat longkang besar. Esoknya satu rumah dia cari cincin tu tak jumpa, dia syak mak limah ambil tapi mak limah buat tak tau je. Dua tiga bulan kemudian tu suami mak limah pula pakai, geramnya mak limah. tapi....sekarang tak tau ke mana cincin tu dan mak limah pun tak tanya.

Jadi....mak limah nak nasihatkan janganlah beli benda-benda pelik yang dijual di tepi kaki lima, takut benda-benda tu dah dijampi....faham-faham sajalah! Layan jelah tengok youtube Batu terang Malam ni.




Monday, December 20, 2010

MISTERI POKOK SERAI WANGI

    
"BATU SERAI"

      Mak Limah rasa semua orang tau pasal pokok serai  wangi yang selalu kita masak tu....tetapi semua orang mak limah rasalah jarang dapat tengok bunga dia. Biasalah pokok serai adik-beradik dengan lalang, bunga dia lebih kurang macam tulah. Sebenarnya mak limah pun tak pernah tengok bunga pokok serai. wangi Sekiranya tuan rumah yang menanam pkok serai itu berbunga, alamatnya Tuan Rumah tu bertuahlah. Sebab apa mak limah kata bertuah? Sebabnya jika anda semua yang pernah dengar cerita pasal batu pertama ataupun  emas yang boleh didapati di bawah rimbunan pokok serai itu. Tapi....semestinya pokok serai  wangi yang ada bungalah! Hah...! cuba-cubalah tengok kot ada tuan rumah yang menanam pokok serai?

        Haaa....! Jangan nak mimpi dapat tengok pokok serai yang berbunga, bertuah badan sebab ada peluang dapat harta karun/batu pertama/emas di bawah rimbunan pokok serai tu. Tak percaya? tanya pada orang yang arif pasal benda-benda macam ni. Sebenarnya bukan calang-calang orang yang boleh ambil harta di bawah rimbunan pokok serai yang berbunga ni, cuma tok moh-tok moh yang arif pasal ni aja yang boleh buat. 

        Tapi....mak limah rasa semua orang tau pasal batu buntat pokok serai yang dikatakan boleh menyembuhkan demam jika batu  itu direndam dalam air sebagai penawar. Batu serai itu berbagai warna. Apa yang mak limah tau semua terpulang pada niat dan nasib seseorang. Sesiapa yang berniat untuk mendapatkan pertama atua apa-apa pun yang terdapat di bawah rimbunan pokok serai itu, mereka kena mengupah seseorang yang arif pasal harta karun itu. Jika bernasih baik kita akan dapat barang-barang kemas, batu permata yang cantik atau sebagainya. Namun begitu mak limah tak tau dari mana datangnya benda-benda itu, hanya Allah s.w.ta saja yang tau.  

        Sekarang mak limah nak cerita pasal pokok serai yang ada kaitan dengan mak limah. Suami mak limah dengan kawan-kawan juga berniat nak dapatkan batu permata dari pokok bunga serai itu. Entah mana silapnya tak menjadi, apa yang diceritakan oleh suami ialah salah seorang dari mereka mempunyai niat yang tak elok, bersifat tamak. Tapi...suami mak limah cuma ambil minyak serai saja untuk simpanan, malas mak limah nak ambil tau benda-benda mengarut macam tu. Suami mak limah dan kawan-kawannya pun bawa balik benih pokok serai untuk ditnam kat rumah kononnya nanti pokok serai itu akan berbunga.

        Mak limah memang tak suka benda-benda macam tu nanti menyusahkan saja sebab benda-benda macam tu ada kaitan dengan alam ghaib. Kebetulan Kak Long datang rumah, jadi mak limah tunjukkan sebatang pokok serai yang hendak ditanam, Kak Long kata tak ada apa-apa, jadi esoknya suami mak limah pun tanamlah depan rumah. Mak Limah pun ceritalah suami yang pergi nak dapatkan harta tu, Kak Long kata
 pokok serai tu ada penjaganya seorang perempuan, rumahnya penuh dengan pokok serai, padahal suami mak limah tak pernah pun cerita di mana tempatnya.

        Selang beberapa minggu, anak mak limah, Khairi demam panas, macam  biasalah pergi ke klinik tapi tak juga kurang dan malam selalu merengek tak mahu tidur dalam bilik. Mak limah pun tak boleh tidur kerana menjaganya yang menangis saja setiap malam. Esoknya suami mak limah pula cerita kawannya kena ganggu  didatangi 7 orang perempuan dalam mimpinya, macam anak mak limah juga, anak dia pun sama menangis tiap-tiap malam kena kacau. Rupa-rupanya mereka semua mengambil serai itu tanpa izin dari pemiliknya.

        Bila mak limah dapat tau tentang perkara tersebut, lantas mak limah talipon Kak Long bertanyakan hal itu. Kak Long kata bila kita dah tanam pokok serai itu bermakna kita adalah tuannya, jadi dia pun ada dalam rumah. Kak Long kata dia nampak seorang perempuan tua hodoh yang berbaju compang-camping ataupun koyak-rabak duduk di tepi almari baju sebab itulah anak mak limah, Khairi tidak mahu tidur dalam bilik. Hati mak limah tak susah hati, Kak Long nasihatkan mak limah buang aja pokok serai itu tetapi sebelum mencabutnya hendak dijirus dengan air yang telah dibaca dengan ayat Kursi. Suami mak limah apa lagi terus mencabutnya, dah tak berani lagi buat benda-benda macam tu.

       Mak limah cerita perkara yang benar-benar terjadi, minta maaflah jika ada yang terasa, semuanya terpulang pada niat ikhlas kita. Kepercayaan orang Melayu yang masih tebal dengan alam-alam ghaib. Rasanya dulu dalam TV ada tunjuk pasal harta karun dari pokok serai yang berbunga. Sapa-sapa yang nak cuna tanam tu, tunggulah kalau bernasib baik dapat poko serai yang berbunga.

"POKOK SERAI"




Saturday, December 11, 2010

TERKENA GANGGUAN ULAR TEDUNG HITAM





"HANYA GAMBAR HIASAN, PELIK TAPI BENAR"

   



















Kali ni mak limah nak cerita pasal ular tedung hitam, gambar kat atas tu cuma gambar hiasan je...tapi pelik kan, bukannya senang nak jumpa ular berkepala lima. Kalau jumpa pun hanya patung ukiran di kuil India yang sememangnya memuja ular yang bagaikan dewa buat mereka, semua tu kuasa Allah.  Mak limah nak cerita pun kisah yang ada kaitan dengan kuil hindu.
        Seperti yang mak Limah ceritakan sebelumnya, anak Mak Limah yang bernama Khairil  semasa kecil memang selalu aje terkena tegur. Dah besar panjang ni dah kurang sikit penakutnya. Kalau ada member cerita pasal hantu kat asrama, sampai matipun dia kata tak mahu tinggal kat asrama takut kena kacau dengan hantu. Sekarang ni dah tingkatan 5 nanti kalau dapat masuk kolej dan kena duduk asrama tak taulah apa jawapannya pulak. Tapi....rasanya dia dah berani sikit sebab dia ada cerita pasal gangguian di rumah kawannya nanti mak limah cerita kemudian.

         Anak mak limah, Khairi masa berumur 4 tahun memang selalu demam. Demam dia selalunya ada kaitan kena tegur, kalau orang yang dah biasa tu faham ajelah makna kena tegur tu apa? Orang tua-tua kata Ketegur tu maknanya kena gangguan makhluk halus, cuma kita tak perasan dan ada yang tak tau langsung. Bila demam mestilah bawa ke klinik tapi...kalau dah seminggu/dua minggu tak baik juga, kenalah jumpa orang yang pandai mengubat. Bawalah jumpa ustaz-ustaz, lagi afdal dari jumpa bomoh yang kita tak kenal.

         Mak Limah pun macam tu jugalahsemua bermula semasa Mak Limah pergi mengurut di Damansara, waktu tu pukul 10.00 malam. Mak Limah pergi ke rumah pelanggan tetap Mak Limah yang biasanya suka mengurut waktu malam, Mak Limah ikut jelah lagipun itukan rezeki namanya. Semasa dalam perjalanan ke rumah pelanggan mak limah, Khairi ikut sama sebab dia merengek nak ikut suamipun suruh bawa je. Semasa lalu kat Kuil Hindu di Kepong....tak rasa apa-apa pun. Dua tiga hari mudian  Khairi tiba-tiba je demam panas. Bila anak kena demam panas, mak limah bagi air kelapa untuk penawar, talkt kena demam campak. Kata orang kalau budak kena demam campak bagi minum air kelapa untuk kurangkan demam panasnya agar campak keluar habis.

         Tapi...yang peliknya demam semakin panas dan campak tak juga keluar. Semasa tidur malam, dia menangis dan tidak mau tidur di tempat biasa dia tidur di tepi katil. Isshh...mak limah tak tau apa nak buat, biarkan ajelah, malam memang tak boleh tidur kerana Khairi kelihatan gelisah je, kejap-kejap terjaga. Esoknya selepas balik kerja mak limah ambil dia dari rumah pengasuh, Mak Limah tengok matanya merah dan seluruh badannya menggelupas, habis tapak tangannya juga menggelupas macam salin kulit. Geli juga mak limah tengok. Kesian betul tengok mukanya merah padam dan di sekeliling matanya merah macam mata ular.

          Mak Limah ambil cuti beberapa hari nak jaga Khairi, gerak hati Mak Limah, mungkin Khairi bukan kena demam biasa sebab dah bawa pergi klinik dan dah masuk dua minggu tak baik-baik juga. Lantas...macam biasa Mak Limah talipon Kak Long.

          "Mana kau bawa budak tu?" pendek je tanya kak Long.
          ":Entah....tak ingat, kenapa dengan dia?"
          "Eeerr.....akak nampak Ular Hitam...hei...geli geliman aku."
          "Haa...ular?Ular kat mana pulak ni?" mak limah hairan.
          "Kau ada lalu kat kuil Hindu ke? Akak nampak Ular Hitam besar, ada penjaganya pegang tombak mata tiga. Patutlah anak kau tak boleh tidur sebab dia ada kat tepi katil tu.?" kata kak Long panjang lebar.
          "Ohhh......baru orang ingat, ada malam tu bawak dia pergi mengurut kat damansara, lalu kat kuil hindu kat kepong tu, manalah tau nak kena, macam mana boleh kena pulak, naik kereta pun boleh kena ke? mak limah hairan.
          "Apalah katu ni, benda halus mana-mana pun boleh masuk, masa kau lalu kat kawasan dia, benda tu lalu juga sebab tulah dia ikut. Tak apalah kejap lagi akak datang."
          
         "Cepat datang tau....kesian tengok Khairi, teruk betul dia satu badan menggelupas kulit dia."
         "Akak kan dah pesan banyak lagi, lain kali kalau nak keluar malam, bawa budak  kecik bacalah Ayat Kursi, Bismillah 100 kali, ayat Tiga Kul ke, jangan nak menonong je...."tegur Kak Long, sakit telinga mak limah kena bebel. 

        Petang tu, Kak Long sampai, masuk je dalam rumah terus peluk anak mak limah. "Kesiannya...Mak Long tengok...teruknya budak ni kena, kuat ni...jangan nak main-main dengan lintasan India punya ni. Habis satu badan dia menggelupas ye? Betul-betul terkena badi ular ni. Isshhh...gelinya mak Long tengok kau ni. Kak Long menarik satu persatu kulit di badan Khairi yang menggelupas. 

         "Besar ularnya, hitam pulak tu. Amik kain telekung dan air putih." 
         "Nah kak! Macam mana boleh kena ye? tanya mak limah lagi.
         "Biasalah tu, kena lintasan kata orang, masa kita lalu, dia pun lalu, jadi  dia ikut sekalilah. Kalau kau lambat ubat dia,,,sampai bila-bila pun macam ni."

          Kak Long membaca sesuatu air dalam gelas, kemudia suruh Khairi minum dan buat mandi. Kemudian Kak Long am,bil kain telekung dilibas-libas badan Khairi kemudian seperti menghalus sesuatu keluar rumah sambil bercakap, "Keluar kau...keluar balik kat tempat kau...sapa suruh ikut cucu aku?" marah kak Long.

          Mak Limah dah biasa cara Kak Long mengubat, kelebihan Kak Long nampak benda-benda halus dan bercakap dengan mereka. Macam Mak Limah ni kelebihan Mak Limah pandai mengurut je. Namun kalau ada sesuatu yang tak kena Mak Lima dapat merasakannya.
         "Hah...dah okey dah...benda tu balik rumah dia. Kejap lagi si Khairi okeylah tu."

        Esoknya Mak Limah tengok badan Khairi dah kurang menggelupas kulitnya, geli geliman Mak Limah menarik satu persatu kulitnya yang menggelupas betul-betul macam kulit ular yang bersalin kulit, matanya pun dah tak merah, dah macam biasa dan tak demam lagi. Alhamdulillah...syukur kepada Allah, anak maklimah dah baik.

        Bila mak Limah tengok dan baca kisah budak-budak yang kena sakit kulit macam anak Mak Limah teringat akan kisah Khairi yang kena macam tu, tapi...taklah seteruk macam budak-budak yang terkena sakit kulit tu. Kata orang Kenan Ular...jadi pada ibu-ibu yang mengandung tu...kalau jumpa atau terserempak dengan ular tu, janganlah pukul dia, cuma halau secara lembut ataupun buat tak tau je.


Thursday, December 9, 2010

ROH KEMBALI KE RUMAH





         Layan dulu tengok video youtube Mamat Khalid ni. Maklimah belum lagi dapat tengok, busy sangat baik kat office mahupun  kat rumah. Sekarang ni Maklimah dah feamous kat office sejak filem Hantu Kak Limah balik rumah. Boss pun pandai usik MakLimah, janganlah pandai-pandai nak balik cepat nanti dia usik "Hai...MaklImah nak balik rumah ke?"

         Tak jadi ni nanti kena ajak anak-anak pergi tengok wayang Mamat Khalid, nak ajak suami...hmm...dia memang tak suka tengok wayang. MakLimah baca paper kata cerita Mamat Khalid ni kelakar gila, lebih-lebih lagi tengok si Awie jadi "AWWW...! Maklimah memang suka dia usik-usik MakLimah, tapi...hantu Kak Limah dalam filem tu taklah cantik mana pun kalau nak banding dengan MakLimah. Lain kali Mamat Khalid kena panggil MakLimah berlakonlah...!lagipun MakLimah pernah jadi pelakon tambahan.

         Hah! Dah habis layan cerita pasal Hantu KakLimah? Kali ni Maklimah nak cerita pasal Roh balik rumah. Bukanlah sama cerita dengan Hantu kak Limah tu, sebenarnya dia bukannya hantu, cuma orang kampung je yang taksub sangat dengan benda-bendah tahyul, walaupun hakikatnya memang ada makhluk halus dan syaitan. MakLimah bukannya arif sangat pasal benda ni tapi...pernah terjadi kat kampung kawan, Malas nak cerita tentang hal orang, takut kalau timbul fitnah je...tapi MakLimah cerita apa yang kawan cerita. kalau dia tipu, nampaknmya MakLimah samalah menipu...hee...I am sorry!

         Biasalah orang dulu-dulu memang suka ada dampingan/saka, semua itu adalah untuk kepentingan diri sendiri ataupun keluarga. Tetapi...keluarganya sendiri tak tau yang ibunya ada memakai....!Ibunya walaupun dah berumur 80 tahun masih nampak cantik dan berseri-seri hinggalah bila tiba-tiba ibunya jatuh sakit dan terlantar tidak bolih bangun. Nak bawa ke hospital ibu tak beri. Matanya memandang tajam sesiapa yang datang melawatnya, makan jangan ceritalah...melahap macam orang tak pernah makan. Pening kepala anak-anaknya nak melayan hinggalah datang Haji Rahman (bukan nama sebenar) datang melawatnya.

         "Issh...Yusof, ni bukan mak kamu ni...!" Haji Rahman berbisik kat Rahman.
         "EErrr...saya tak faham Haji," Yusof hairan.
         "Kenapa dengan mak saya, Haji?"
         "Kamu tak tau ke mak kamu ni ada saka?" Haji Rahman bagi tau Yusof.
         "Tak...tanya Midah, dia yang tinggal dengan ibu."
         "Midah tak tau, Haji. Mak tak cakap apa-apa pun, cuma mak kata kalau dia sakit, mak suruh pakai  cincin mak."
          "Masyallah....! Kau dah pakai cincin tu?" tanya Haji Rahman.
          "EErrr...belum lagi, lupa."
          "Jangan pakai...malam nanti kita suruh orang kampung bukak atap rumah, lepas saka dia tu."
          "Tak sangka pulak, mak ada saka,: Rahman dan Midah hairan.

Malam tu dia orang bukak atap rumah, Haji Rahman yang pandai mengubat telah menolong Yusof sekeluiarga. Selepas semuanya selesai lain pulak timbul bila Rohnya pula balik rumah, macam cerita KakLimah balik rumah tu. Anaknya Midah sendiri yang nampak tapi....Haji Rahman dan orang kampung ramai-ramai baca yassin dan buat kenduri barulah tak dengar lagi rohnya balik rumah. Malas nak cerita macam mana rupanya hantu dia balik nanti tak bolih tidur pulak  Walau macamapun kawan Mak Limah cakap selama seminggu mereka tak bolih tidur sebab seperti nampak bayang-bayang maknya kat dapur tengan memasak dan mengemas malam-malam. 







Tuesday, December 7, 2010

GANGGUAN GELIGA BUNTAT LIPAN

"ADAKAH INI BUNTAT LIPAN?"
      


















  MAK LIMAH nak cerita kisah benar mengenai Buntat Lipan, sebenarnya gambar di atas lebih kurang batu Buntat Lipan Mak Limah tengok, asalnya tak taulah dari mana. Sebenarnya banyak pengalaman yang Mak Limah lalui semasa Mak Limah pergi mengurut ke rumah orang.  Hari ni Mak Limah nak cerita kisah gangguan yang Mak Limah alami satu keluarga semasa anak ke lima, Khairi kecil. Masa tu umurnya 5 tahun. Anak Mak Limah ni lemah semangat sikit sebabnya selalu kena gangguan dari makhluk halus hinggalah sekarang. Dia selalu aje nampak benda halus dan penakut sikit walaupun usia dah 17 tahun.

       Mak Limah ingat lagi masa pergi bertandang ke rumah adik ipar seorang Polis, masa tu dia tinggal di apartment Polis kat K.L.  Masa berbual-bual tu dengan adik ipar, Mak Limah tengok suami Mak Limah dengan suaminya kemain lagi rancang berborak pasal perniagaan dan tangkal untuk melariskan perniagaan. Suami adik ipar ada membuka gerai Nasi Lemak dan bangga kerana gerainya laku sebab tangkal tu. Masa tu Mak Limah tak ambil pusing sangat. Petang kami semua balik ke rumah.

       Esoknya anak Mak Limah, Khairi tiba-tiba aje demam. Masa dia demam tu,Mak Limah tak bolih duduk diam sebab dia asyik melalak je, tidur pun tak mau,puas ayun buai lama-lama, dia langsung tak mau tidur. Asyik cakap takut, bila malam lagilah tak bolih tidur,puas Mak Limah dan suami jaga bergilir-gilir jaga dia.  Mak Limah dah puas bakar kemeyen taik besi yang kak Long beri untuk halau makhluk halus tapi tak berkesan. Wah!!! teruk juga Mak Limah dengan suami dibuatnya, letih dan mengantuk nak melayan kkerenah Khairi yang mengamuk dan melalak tak mau tidur sebab takut. 

        Seminggu juga masa berjalan, dah bawa ke klinik tapi demamnya tak juga kurang. Pada petang tu, adik ipar talipon suami, Mak Limah terdengar perbualan antara suami dan adik ipar pasal Batu Buntat Lipan tu, entahlah Mak Limah pun tak tau benda tu, tengok pun tidak.  Rupa-rupanya batu tu ada pada suami, kononnya untuk melariskan perniagaan cendolnya. Ya Allah mengucap panjang Mak Limah dibuatnya. Patutlah anak Mak Limah demam dan meracau dibuatnya. Apa lagi Mak Limah talipon Kak Long di kampung pandan yang ada keistimewaan melihat benda-benda halus.

          Malam tu juga Kak Long datang ke rumah bersama anak bujangnya. Ketika hendak melangkah masuk ke pintu, tiba-tiba je Kak Long rebah, nasih baik ada anak lelakinya yang juga pandai ilmu-ilmu ghaib. Kak Long merenung tajam ke arah sofa di ruang tamu.

          "Amboi.....duduk relex nampak?" kata Kak Long.
          "Apa dia tu Kak Long?" Mak Limah hairan.
          "Hah...!mana benda tu, aku nak buang?"
          
Kak Long kemain lagi marah, Kak Long tau benda apa yang suami Mak Limah simpan walaupun Mak Limah tak cakap apa-apa. Suami Mak Limah tersengih-sengih,

         "Alah....nenek, saya saja simpan untuk pelaris je," balas suami Mak Limah, tersengih-sengih.

         "Apalah kamu ni, benda kamu simpan tu barang tak elok tau, batu tu dah dipuja dan disapu dengan abu orang mati. Kamu tengok tu, ia tengah duduk kat kerusi. Rupa pun macam hantu jerangkung patutlah anak kamu takut. Dah dua minggu benda tu ada kat rumah, kau orang je tak perasan. Bak sini benda tu aku nak buang. Mana bolih simpan dalam rumah,." marah Kak Long yang jalanya terbongkok-bongkok macam orang tua, itu adalah dampingan kak long yang datang menolongnya ketika waktu datang kes berat macam mak limah lalui.

         "Issh...tak bolih nek, batu tu orang punya nanti saya akan pulangkan pada orang tu," balas suami Mak Limah. Kemudian kak long ambil batu tu taruk kat luar, selepas tu kak long ambil telekung dan mengibas dari dalam ke luar sambil membaca sesuatu, mulutnya tak habis-habis membebel marahkan suami mak limah.  Kak long kemudian menjampi air putih untuk diminum anak mak limah yang sudah tidak takut lagi.

           Selepas semuanya selesai tiba-tiba hujan ribut, keadaan pulih kembali. Teruklah suami Mak limah kena marah dengan kak long sebab percaya dengan tangkal dan benda-benda tahyul. Suami Mak Limah ni jenis suka cari benda-benda lama kononnya nak buat tangkal dan pelaris. Puas dah Mak Limah nasihat, sekarang ni dahkurang sikit. Mak Limah bolih dapat rasa jika sesuatu berlaku pada keluarga kerana Mak limah boleh dapat alamat dalam mimpi. apa-apa hal Mak Limah akan minta tolong dengan kak Long yang memang istimewa kebolehannya namun begitu Kak Long cuma tolong pada adik-beradik saja.

           Kak Long kata benda halus tu telah dipuja oleh Sami Siam sebab itulah susah sikit dia nak menghalaunya kerana benda tu tak mahu keluar rumah. Takut juga bila dengar cerita kak long tentang rupa hantu tu. Kata kak long masa dia nak masuk tu, hantu tu tengah duduk bersila di sofa, pakai kain kuning, mata merah, rupanya lebih macam tengkorak hidup macam hantu jerangkung, aku pun tak pernah tengok hantu jerangkung macam mana. Kalau boleh tak mau bayangkan rupaya nanti termimpi-mimpi pulak. Selepas kak long selesai memulihkan anak mak limah, kak long suruh suami mak limah pulangkan benda tu esok juga. 

HANYA GAMBAR HIASAN, AGAKNYA BEGINI RUPA HANTU JERANGKUNG