Monday, December 20, 2010

MISTERI POKOK SERAI WANGI

    
"BATU SERAI"

      Mak Limah rasa semua orang tau pasal pokok serai  wangi yang selalu kita masak tu....tetapi semua orang mak limah rasalah jarang dapat tengok bunga dia. Biasalah pokok serai adik-beradik dengan lalang, bunga dia lebih kurang macam tulah. Sebenarnya mak limah pun tak pernah tengok bunga pokok serai. wangi Sekiranya tuan rumah yang menanam pkok serai itu berbunga, alamatnya Tuan Rumah tu bertuahlah. Sebab apa mak limah kata bertuah? Sebabnya jika anda semua yang pernah dengar cerita pasal batu pertama ataupun  emas yang boleh didapati di bawah rimbunan pokok serai itu. Tapi....semestinya pokok serai  wangi yang ada bungalah! Hah...! cuba-cubalah tengok kot ada tuan rumah yang menanam pokok serai?

        Haaa....! Jangan nak mimpi dapat tengok pokok serai yang berbunga, bertuah badan sebab ada peluang dapat harta karun/batu pertama/emas di bawah rimbunan pokok serai tu. Tak percaya? tanya pada orang yang arif pasal benda-benda macam ni. Sebenarnya bukan calang-calang orang yang boleh ambil harta di bawah rimbunan pokok serai yang berbunga ni, cuma tok moh-tok moh yang arif pasal ni aja yang boleh buat. 

        Tapi....mak limah rasa semua orang tau pasal batu buntat pokok serai yang dikatakan boleh menyembuhkan demam jika batu  itu direndam dalam air sebagai penawar. Batu serai itu berbagai warna. Apa yang mak limah tau semua terpulang pada niat dan nasib seseorang. Sesiapa yang berniat untuk mendapatkan pertama atua apa-apa pun yang terdapat di bawah rimbunan pokok serai itu, mereka kena mengupah seseorang yang arif pasal harta karun itu. Jika bernasih baik kita akan dapat barang-barang kemas, batu permata yang cantik atau sebagainya. Namun begitu mak limah tak tau dari mana datangnya benda-benda itu, hanya Allah s.w.ta saja yang tau.  

        Sekarang mak limah nak cerita pasal pokok serai yang ada kaitan dengan mak limah. Suami mak limah dengan kawan-kawan juga berniat nak dapatkan batu permata dari pokok bunga serai itu. Entah mana silapnya tak menjadi, apa yang diceritakan oleh suami ialah salah seorang dari mereka mempunyai niat yang tak elok, bersifat tamak. Tapi...suami mak limah cuma ambil minyak serai saja untuk simpanan, malas mak limah nak ambil tau benda-benda mengarut macam tu. Suami mak limah dan kawan-kawannya pun bawa balik benih pokok serai untuk ditnam kat rumah kononnya nanti pokok serai itu akan berbunga.

        Mak limah memang tak suka benda-benda macam tu nanti menyusahkan saja sebab benda-benda macam tu ada kaitan dengan alam ghaib. Kebetulan Kak Long datang rumah, jadi mak limah tunjukkan sebatang pokok serai yang hendak ditanam, Kak Long kata tak ada apa-apa, jadi esoknya suami mak limah pun tanamlah depan rumah. Mak Limah pun ceritalah suami yang pergi nak dapatkan harta tu, Kak Long kata
 pokok serai tu ada penjaganya seorang perempuan, rumahnya penuh dengan pokok serai, padahal suami mak limah tak pernah pun cerita di mana tempatnya.

        Selang beberapa minggu, anak mak limah, Khairi demam panas, macam  biasalah pergi ke klinik tapi tak juga kurang dan malam selalu merengek tak mahu tidur dalam bilik. Mak limah pun tak boleh tidur kerana menjaganya yang menangis saja setiap malam. Esoknya suami mak limah pula cerita kawannya kena ganggu  didatangi 7 orang perempuan dalam mimpinya, macam anak mak limah juga, anak dia pun sama menangis tiap-tiap malam kena kacau. Rupa-rupanya mereka semua mengambil serai itu tanpa izin dari pemiliknya.

        Bila mak limah dapat tau tentang perkara tersebut, lantas mak limah talipon Kak Long bertanyakan hal itu. Kak Long kata bila kita dah tanam pokok serai itu bermakna kita adalah tuannya, jadi dia pun ada dalam rumah. Kak Long kata dia nampak seorang perempuan tua hodoh yang berbaju compang-camping ataupun koyak-rabak duduk di tepi almari baju sebab itulah anak mak limah, Khairi tidak mahu tidur dalam bilik. Hati mak limah tak susah hati, Kak Long nasihatkan mak limah buang aja pokok serai itu tetapi sebelum mencabutnya hendak dijirus dengan air yang telah dibaca dengan ayat Kursi. Suami mak limah apa lagi terus mencabutnya, dah tak berani lagi buat benda-benda macam tu.

       Mak limah cerita perkara yang benar-benar terjadi, minta maaflah jika ada yang terasa, semuanya terpulang pada niat ikhlas kita. Kepercayaan orang Melayu yang masih tebal dengan alam-alam ghaib. Rasanya dulu dalam TV ada tunjuk pasal harta karun dari pokok serai yang berbunga. Sapa-sapa yang nak cuna tanam tu, tunggulah kalau bernasib baik dapat poko serai yang berbunga.

"POKOK SERAI"