Saturday, November 26, 2011

JEJAK HANTU DI HIGHLANDS TOWER



Masih ingat lagi tak tragedi kisah Highlans Towers yang telah meragut banyak nyawa? Rasa-rasanya sekarang orang dah lupa kenangan sedih dan menyanyat hati ini. Cakap-cakap dari orang tentang Highland Towers ini berhantu selepas kejadian itu berlaku masih aku ingat lagi. Kekawan ada cerita pasalpemandu teksi yang melalui jalan ke Highland Towers cerita pemandu teksi telah mengambil seorang penumpang cina tua lelaki,waktu tu dah malam jam 12malam. Cina tu tak cakap apa cuma ditanya cuma menunjukkan jari telunjuk kat mana nak berhenti. Bila dah sampai kat yang nak dituju rupa-rupanya kawasan tu adalah tanah perkuburan Cina, namun pemandu teksi tu masih tidak rasa yang penumpangnya tu bukanlah manusia. Tiba-tiba Cina tu cakap..."Lu angkat ni barang, gua kasi sama lu!" kemudian china tua tu terus ghaib.

Pakcik pemandu teksi tu, gelabahlah sebab bila dia  buka beg kecil yang ditinggal oleh cina tua tu adalah barang kemas. Bertambah gelabah apabila dia baru teringat yang cina tua tadi tu diambil di kawasan Highland Towers yang kawan-kawannya pernah bagi tau adalah berhantu. Apalagi beg yang berisi barang kemas tu terus je dibuang...takut...!Lagipun baru dia perasaan dia dah berhenti ti tanah perkuburan cina. Kalau kau orang rasa-rasanya nak tak ambil beg berisi barang kemas tu?


Lagi satu cerita nak bagi tau...pasal anak aku yang berani terlampau, ada ke dia kata dengan emaknya dia dan kawan-kawan dia dah pergi jejak hantu kat Highland Towers semalam?Patutlah tak balik-balik umah...!
Seronok betul dia bercerita dengan aku, padahal masa ia kecik-kecik dulu dialah yang paling penakut orangnya. Bila tengok cerita hantu, pasti kena temankan dia ke dapur, bilik air...penakut kemain kalahlah adik dia. Tapi memang pun sejak dia dah besar dia dah mula berani kerana selalu nampak hantu kat sekolah dan mengalami gangguan-gangguan makhluk halus dan dia tau apa nak buat kalau bila kena gangguan sebab aku dah ajar dia apa yang perlu dibuat. Semasa dia kecil pun anak aku yang nombor lima ni selalu kena ganggu dengan makhluk halus,macam-macam dia kena masa kecik,banyak pengalaman yang aku lalui tetapi dapat diatasi sebab kak long aku pandai sikit hal-hal makhluk halus ni.


Berbalik pasal menjejak hantu kat Highland Towers ni,anak aku cakap dia pergi beramai-ramai naik hingga ke tingkat 13, berani betul tak sangka pulak...dulu dialah yang paling penakut sekali. alam gelap-gelap tu boleh naik dengan hanya guna lampu suluh. Tapi...yang hairannya tak adalah pulak kena kacau cuma dia kata terdengar suara mendayu-dayu minta tolong. Kesian dia mendengarnya,kemudian dia kata nampak kaki sekerat kat tangga dan kawannya pula nampak orang perempuan berdiri kat bakoni. Macam-macam hal bebudak sekarang, tak ada kerja, cari kerja. Aku cuma takut sebab bangunan tu tak kukuh. Kalau dah ramai-ramai pergi jejak hantu mana nak jumpa, hantu pun takut nak kacau, cuba kalau berani pergi sorang-sorang pasti hantu suka usik...ade berani??