Saturday, September 3, 2011

DENGKI DAN MENDERAM BILA PERNIAGAAN SEMAKIN MAJU

Gambar Hiasan

Seronok berniaga ni walaupun secara kecil-kecilan. Untung atau rugi belakang kira,kalau ada rezeki untuk banyak, kalau kurang nak buat macam mana. Ni...nak cerita pasal meniaga ni, walaupun kita berniaga kecil-kecilan macam gambar kat atas ni....pun kena tembak jugak.  Nak tau apa yang saya maksudkan kena tembak ni? kalau orang berniaga ni dia orang taulah apa maksudnya. Kalau nak tau juga maksudkan kena menderamlah!!!  Jangan marahlah kalau saya katakan orang melayu kita ni memang suka dengki mendengki, tak boleh tengok orang lain senang. Padahal kita sama-sama berniaga dan rezeki masing-masinglah kalau orang tu untung banyak! Dan kita kenalah fikir pula pasal apa perniagaan kita ni tak untung? Sebenarnya apa pun perniagaan kita kenalah jujur dan ikhlas, pastinya Allah akan tolong kita. Tapi kalau kerjanya nak menipu orang, memanglah susah nak cakap, terutamanya tentang perniagaan yang berkaitan dengan perniagaan.

Pasal perniagaan ni memanglah ada kaitan dengan saya sekeluarga, suami saya ni berniaga cendol, itupun cuma berniaga di bulam Ramadhan, cuma tahun ni okey sikit tak kena menderam sebab tak ada saingan tahun ni. Saya nak cerita pasal tahun lepas. Macam mana kena menderam itupun mula-mula tak perasan yang gerai kita ni dah kena menderam...kena tembaklah! Masa tu suami saya macam biasa berniaga cendol dan lain-lain jenis air, anak saya berniaga roti john.Kiranya memanglah laku sebab cendol suami saya memang original sedap tak campur susu macam sesetengah orang. Anak saya pula jual roti john, inti sendiri buat sebab itulah laku masa tu. Malas nak tuduh sapa yang menderamnya tetapi suami tau sebab kat sebelahnya pun jual air cendol tapi cendolnya memang tak sedap sebab cair, tak rasa lemak.

Entah mana silapnya dua minggu pelanggan semakin kurang, tapi kalau dilihat orang ramai lebih-lebih lagi bila time gaji. Anak sayapun perasan sebab tengok orang kat depan gerai roti john tu ramai orang, lantas suami pun jumpa member dia yang pandai tengok-menengok, sahlah gerai suami dan anak saya kena menderam! Tapi sebelum tu suami ada perasan yang orang tu dah renjis-renjis air depan gerak suami dan anak saya. Kawan-kawan anak saya pun tanya kenapa suami saya tak berniaga? rupa-rupanya dia dah menderam agar orang tak nampak gerai suami saya...aduh teruknya orang kita punya perangai. Kenapalah tak ikut cara Cina berniaga? Lagi suka bersaing secara sihat, kalau rasa makanan tak sedap, buatlah lagi sedap, jangan fikir nak untung je!

Cerita pasal menderam ni bukannya baru suami saya kena, tetapi sejak mula-mula suami saya berlajar nak berniaga cendol. Kiranya adalah untung sikit walaupun cuma gerai kecil je...keistimewaan cendol suami saya terletak pada air gulanya yang sedap kerana resepi air gula banyak campuran dan suami saya tak lokek untuk tunjuk ajar sapa-sapa nak belajar.  Balik pada jualan cendolnya tu, rupa-rupanya ada juga orang yang dengki. Ketika itu heboh pasal jerebu, jadi suami saya rasa mungkin pasal jerebu jualannya semakin kurang, orran cuma lalulalang je di depan gerainya. Tetapi sebelum tu saya dah dapat mimpi nampak patung hindu di kawasan tempat dia berniaga dalam mimpi tu ada dia dan ada perarakan patung hindu. Entah macam mana gerak hati saya katakan bahawa dia kena menderam namun dia tak percaya sebab dia cuma berniaga cendol sapalah yang nak menderam. Lantas saya talipon kak long yang pandai tengok, memang betul apa yang saya rasakan erainya dah kena tembak.  Kak Long kata orang yang menderamnya tu dah datang beli cendol suami saya, dengan cara memberi duit syiling yang dah dijampi. Rupa-rupanya orang tu pun jual cendol tetapi dengan van. Apa lagi Kak Long suruh suami renjis tempat berniaga dengan air yang dijampi dengan bacaan ayat Kursi, barulah perniagaan berjalan lancar.

Jadi...hati-hatilah bila hendak memulakan pernigaan gerai makan,kedai makan dan apa-apa jenis pernigaan pun, sememangnya manusia ni memang tak boleh tengok orang lain senang dan maju sikit. Kalau tak percaya tanyalah orang yang berniaga kebanyakkannya ada pendiding diri dan kawasan gerainya...faham-faham jelah!


1 comment:

Mesti komen kalau tak nanti aku bakor!!!