Tuesday, December 7, 2010

GANGGUAN GELIGA BUNTAT LIPAN

"ADAKAH INI BUNTAT LIPAN?"
      


















  MAK LIMAH nak cerita kisah benar mengenai Buntat Lipan, sebenarnya gambar di atas lebih kurang batu Buntat Lipan Mak Limah tengok, asalnya tak taulah dari mana. Sebenarnya banyak pengalaman yang Mak Limah lalui semasa Mak Limah pergi mengurut ke rumah orang.  Hari ni Mak Limah nak cerita kisah gangguan yang Mak Limah alami satu keluarga semasa anak ke lima, Khairi kecil. Masa tu umurnya 5 tahun. Anak Mak Limah ni lemah semangat sikit sebabnya selalu kena gangguan dari makhluk halus hinggalah sekarang. Dia selalu aje nampak benda halus dan penakut sikit walaupun usia dah 17 tahun.

       Mak Limah ingat lagi masa pergi bertandang ke rumah adik ipar seorang Polis, masa tu dia tinggal di apartment Polis kat K.L.  Masa berbual-bual tu dengan adik ipar, Mak Limah tengok suami Mak Limah dengan suaminya kemain lagi rancang berborak pasal perniagaan dan tangkal untuk melariskan perniagaan. Suami adik ipar ada membuka gerai Nasi Lemak dan bangga kerana gerainya laku sebab tangkal tu. Masa tu Mak Limah tak ambil pusing sangat. Petang kami semua balik ke rumah.

       Esoknya anak Mak Limah, Khairi tiba-tiba aje demam. Masa dia demam tu,Mak Limah tak bolih duduk diam sebab dia asyik melalak je, tidur pun tak mau,puas ayun buai lama-lama, dia langsung tak mau tidur. Asyik cakap takut, bila malam lagilah tak bolih tidur,puas Mak Limah dan suami jaga bergilir-gilir jaga dia.  Mak Limah dah puas bakar kemeyen taik besi yang kak Long beri untuk halau makhluk halus tapi tak berkesan. Wah!!! teruk juga Mak Limah dengan suami dibuatnya, letih dan mengantuk nak melayan kkerenah Khairi yang mengamuk dan melalak tak mau tidur sebab takut. 

        Seminggu juga masa berjalan, dah bawa ke klinik tapi demamnya tak juga kurang. Pada petang tu, adik ipar talipon suami, Mak Limah terdengar perbualan antara suami dan adik ipar pasal Batu Buntat Lipan tu, entahlah Mak Limah pun tak tau benda tu, tengok pun tidak.  Rupa-rupanya batu tu ada pada suami, kononnya untuk melariskan perniagaan cendolnya. Ya Allah mengucap panjang Mak Limah dibuatnya. Patutlah anak Mak Limah demam dan meracau dibuatnya. Apa lagi Mak Limah talipon Kak Long di kampung pandan yang ada keistimewaan melihat benda-benda halus.

          Malam tu juga Kak Long datang ke rumah bersama anak bujangnya. Ketika hendak melangkah masuk ke pintu, tiba-tiba je Kak Long rebah, nasih baik ada anak lelakinya yang juga pandai ilmu-ilmu ghaib. Kak Long merenung tajam ke arah sofa di ruang tamu.

          "Amboi.....duduk relex nampak?" kata Kak Long.
          "Apa dia tu Kak Long?" Mak Limah hairan.
          "Hah...!mana benda tu, aku nak buang?"
          
Kak Long kemain lagi marah, Kak Long tau benda apa yang suami Mak Limah simpan walaupun Mak Limah tak cakap apa-apa. Suami Mak Limah tersengih-sengih,

         "Alah....nenek, saya saja simpan untuk pelaris je," balas suami Mak Limah, tersengih-sengih.

         "Apalah kamu ni, benda kamu simpan tu barang tak elok tau, batu tu dah dipuja dan disapu dengan abu orang mati. Kamu tengok tu, ia tengah duduk kat kerusi. Rupa pun macam hantu jerangkung patutlah anak kamu takut. Dah dua minggu benda tu ada kat rumah, kau orang je tak perasan. Bak sini benda tu aku nak buang. Mana bolih simpan dalam rumah,." marah Kak Long yang jalanya terbongkok-bongkok macam orang tua, itu adalah dampingan kak long yang datang menolongnya ketika waktu datang kes berat macam mak limah lalui.

         "Issh...tak bolih nek, batu tu orang punya nanti saya akan pulangkan pada orang tu," balas suami Mak Limah. Kemudian kak long ambil batu tu taruk kat luar, selepas tu kak long ambil telekung dan mengibas dari dalam ke luar sambil membaca sesuatu, mulutnya tak habis-habis membebel marahkan suami mak limah.  Kak long kemudian menjampi air putih untuk diminum anak mak limah yang sudah tidak takut lagi.

           Selepas semuanya selesai tiba-tiba hujan ribut, keadaan pulih kembali. Teruklah suami Mak limah kena marah dengan kak long sebab percaya dengan tangkal dan benda-benda tahyul. Suami Mak Limah ni jenis suka cari benda-benda lama kononnya nak buat tangkal dan pelaris. Puas dah Mak Limah nasihat, sekarang ni dahkurang sikit. Mak Limah bolih dapat rasa jika sesuatu berlaku pada keluarga kerana Mak limah boleh dapat alamat dalam mimpi. apa-apa hal Mak Limah akan minta tolong dengan kak Long yang memang istimewa kebolehannya namun begitu Kak Long cuma tolong pada adik-beradik saja.

           Kak Long kata benda halus tu telah dipuja oleh Sami Siam sebab itulah susah sikit dia nak menghalaunya kerana benda tu tak mahu keluar rumah. Takut juga bila dengar cerita kak long tentang rupa hantu tu. Kata kak long masa dia nak masuk tu, hantu tu tengah duduk bersila di sofa, pakai kain kuning, mata merah, rupanya lebih macam tengkorak hidup macam hantu jerangkung, aku pun tak pernah tengok hantu jerangkung macam mana. Kalau boleh tak mau bayangkan rupaya nanti termimpi-mimpi pulak. Selepas kak long selesai memulihkan anak mak limah, kak long suruh suami mak limah pulangkan benda tu esok juga. 

HANYA GAMBAR HIASAN, AGAKNYA BEGINI RUPA HANTU JERANGKUNG