Sunday, March 20, 2011

MISTERI NENEK TUA DI PONDOK BURUK

"Nenek Tua Dalam Mimpiku"


       Entah macam mana tiba-tiba aku berada di sebuah pondok buruk, langsir tingkapnya sudah lusoh dan koyak rabak. Pondok buruk tu cuma diperbuat dari buluh dan atapnya dibuat dari daun nipah. Cuma ada satu ruang saja.  Lantainya pun macam dah nak reput, aku cuma berdiri saja, kaku dan takut. Kemudian keluar seorang nenek tua yang bongok tiga, lebih kurang macam gambar tu, baju kurungnya kelihatan sangat lusuh, koyak rabak dan wajah tuanya menakutkan. Dia cuma memandang aku dan tersengih, tapi tak bercakap sepatah apa pun.
        Tiba-tiba aku tersedar, rupa-rupanya aku cuma bermimpi. Walaupun cuma bermimpi namun begitu mimpi itu sangat menakukan aku. Selang seminggu kemudian aku demam, selsema, sakit perut yang amat sangat macam kena gastrik. Kemudian sakit pinggang dan tak boleh tidur langsung kerana sakit sangat. Aku sebenarnya jarang sakit, kalau demam pun taklah seteruk macam tu. Aku pergi ke klinik, yang hairannya doktor cuma cakap aku kena jangkitan kuman kat tekak dan akibatnya kena kat pinggang? Entahlah macam tak percaya je padahal aku sakit aku tu kemain lagi sakitnya.

         Sakit perut aku berulang semula, macam kena pintal dan memulas-mulas dan pedih, Hai...tak boleh jadi ni, aku rasa sakit aku ni bukan sakit biasa je.  Aku pergi jumpa Kak Long, bila Kak Long pegang kat perut aku, dia dah nak termuntah.

        "Kenapa Kak Long?' tanya aku hairan.

         "Ada benda  kat badan kau ni, dah dua bulan!"

         "Hai...baru kena seminggu sakit perut, kalau demam dan badan rasa tak sedap tu lama juga," kata aku.
         "Ada mimpi jumpa orang tua tak?" tiba-tiba je Kak Long tanya, macam tau-tau je.
         "Haa...kenapa?" aku hairan, Kak Long senyum je.

         "Betullah tu, dia suka kat kau, lagi orang yang ada ilmu."

         "Eeerr...siapa pulak Kak Long?" hairan juga aku cuma ada ilmu mengurut je.

         "Belah suami kaulah, kaukan dulu rapat dengan nenek dia? Kak Long nampak muka dia. Tak apa nanti Kak Long halau dia."

         "Dah lama dah dia meninggalkan?"

          "Alah...biasalah tu, kau kan selalu balik kampung, lagipun tak eloklah benda tu, saka nenek suami kaulah tu," kata kak Long.

         Kemudian Kak Long baca sesuatu dan mengurut perut aku dan bagi air penawar. "Balik nanti minum air ni dan mandi dengan garam yang kak Long jampi. Kak Long dah halau dia balik."
       Malam tu aku terus mandi dengan air garam yang Kak Long beri, selepas mandi tiba-tiba perut aku kembali sakit yang amat sangat, terpaksa kena tahan sakit sebab kak Long kata nanti dia akan kacau lagi.  Esoknya sakit perut aku hilang dan badan pun kembali segar. Kalau sebelum tu aku selalu rasa mengantuk dan badan macam lemah saja. Kak Long kata aku ni tak ada pendinding sebab itulah senang kena ganggu dengan makhluk halus namun begitu kadang-kala aku juga boleh tawar orang yang kena ketegur, susah nak cakap, yang pentingnya hati kena jujur dan ikhlas.



         

5 comments:

pondokburuk said...

alamak, nama saya di sebut tu...huhu...cerita seram2 ni ngeri skit nak baca, nasib baik pagi ni...kalau malam, confirm saya tak tengok.

Cikgu Den said...

seramnya blog nie.huhu

GoBlog said...

mimpi tu kan mainan syaitan...
biasa la tu...

http://goblog606.blogspot.com/
http://nohkodiang.blogspot.com/

pari-pari merah said...

maklimah,saye nak mintak tolong sgt2 ni....boleh x??

dewimalam said...

Hai..parpari merah...email saya apa yg perlu ditlg