Saturday, December 11, 2010

TERKENA GANGGUAN ULAR TEDUNG HITAM





"HANYA GAMBAR HIASAN, PELIK TAPI BENAR"

   



















Kali ni mak limah nak cerita pasal ular tedung hitam, gambar kat atas tu cuma gambar hiasan je...tapi pelik kan, bukannya senang nak jumpa ular berkepala lima. Kalau jumpa pun hanya patung ukiran di kuil India yang sememangnya memuja ular yang bagaikan dewa buat mereka, semua tu kuasa Allah.  Mak limah nak cerita pun kisah yang ada kaitan dengan kuil hindu.
        Seperti yang mak Limah ceritakan sebelumnya, anak Mak Limah yang bernama Khairil  semasa kecil memang selalu aje terkena tegur. Dah besar panjang ni dah kurang sikit penakutnya. Kalau ada member cerita pasal hantu kat asrama, sampai matipun dia kata tak mahu tinggal kat asrama takut kena kacau dengan hantu. Sekarang ni dah tingkatan 5 nanti kalau dapat masuk kolej dan kena duduk asrama tak taulah apa jawapannya pulak. Tapi....rasanya dia dah berani sikit sebab dia ada cerita pasal gangguian di rumah kawannya nanti mak limah cerita kemudian.

         Anak mak limah, Khairi masa berumur 4 tahun memang selalu demam. Demam dia selalunya ada kaitan kena tegur, kalau orang yang dah biasa tu faham ajelah makna kena tegur tu apa? Orang tua-tua kata Ketegur tu maknanya kena gangguan makhluk halus, cuma kita tak perasan dan ada yang tak tau langsung. Bila demam mestilah bawa ke klinik tapi...kalau dah seminggu/dua minggu tak baik juga, kenalah jumpa orang yang pandai mengubat. Bawalah jumpa ustaz-ustaz, lagi afdal dari jumpa bomoh yang kita tak kenal.

         Mak Limah pun macam tu jugalahsemua bermula semasa Mak Limah pergi mengurut di Damansara, waktu tu pukul 10.00 malam. Mak Limah pergi ke rumah pelanggan tetap Mak Limah yang biasanya suka mengurut waktu malam, Mak Limah ikut jelah lagipun itukan rezeki namanya. Semasa dalam perjalanan ke rumah pelanggan mak limah, Khairi ikut sama sebab dia merengek nak ikut suamipun suruh bawa je. Semasa lalu kat Kuil Hindu di Kepong....tak rasa apa-apa pun. Dua tiga hari mudian  Khairi tiba-tiba je demam panas. Bila anak kena demam panas, mak limah bagi air kelapa untuk penawar, talkt kena demam campak. Kata orang kalau budak kena demam campak bagi minum air kelapa untuk kurangkan demam panasnya agar campak keluar habis.

         Tapi...yang peliknya demam semakin panas dan campak tak juga keluar. Semasa tidur malam, dia menangis dan tidak mau tidur di tempat biasa dia tidur di tepi katil. Isshh...mak limah tak tau apa nak buat, biarkan ajelah, malam memang tak boleh tidur kerana Khairi kelihatan gelisah je, kejap-kejap terjaga. Esoknya selepas balik kerja mak limah ambil dia dari rumah pengasuh, Mak Limah tengok matanya merah dan seluruh badannya menggelupas, habis tapak tangannya juga menggelupas macam salin kulit. Geli juga mak limah tengok. Kesian betul tengok mukanya merah padam dan di sekeliling matanya merah macam mata ular.

          Mak Limah ambil cuti beberapa hari nak jaga Khairi, gerak hati Mak Limah, mungkin Khairi bukan kena demam biasa sebab dah bawa pergi klinik dan dah masuk dua minggu tak baik-baik juga. Lantas...macam biasa Mak Limah talipon Kak Long.

          "Mana kau bawa budak tu?" pendek je tanya kak Long.
          ":Entah....tak ingat, kenapa dengan dia?"
          "Eeerr.....akak nampak Ular Hitam...hei...geli geliman aku."
          "Haa...ular?Ular kat mana pulak ni?" mak limah hairan.
          "Kau ada lalu kat kuil Hindu ke? Akak nampak Ular Hitam besar, ada penjaganya pegang tombak mata tiga. Patutlah anak kau tak boleh tidur sebab dia ada kat tepi katil tu.?" kata kak Long panjang lebar.
          "Ohhh......baru orang ingat, ada malam tu bawak dia pergi mengurut kat damansara, lalu kat kuil hindu kat kepong tu, manalah tau nak kena, macam mana boleh kena pulak, naik kereta pun boleh kena ke? mak limah hairan.
          "Apalah katu ni, benda halus mana-mana pun boleh masuk, masa kau lalu kat kawasan dia, benda tu lalu juga sebab tulah dia ikut. Tak apalah kejap lagi akak datang."
          
         "Cepat datang tau....kesian tengok Khairi, teruk betul dia satu badan menggelupas kulit dia."
         "Akak kan dah pesan banyak lagi, lain kali kalau nak keluar malam, bawa budak  kecik bacalah Ayat Kursi, Bismillah 100 kali, ayat Tiga Kul ke, jangan nak menonong je...."tegur Kak Long, sakit telinga mak limah kena bebel. 

        Petang tu, Kak Long sampai, masuk je dalam rumah terus peluk anak mak limah. "Kesiannya...Mak Long tengok...teruknya budak ni kena, kuat ni...jangan nak main-main dengan lintasan India punya ni. Habis satu badan dia menggelupas ye? Betul-betul terkena badi ular ni. Isshhh...gelinya mak Long tengok kau ni. Kak Long menarik satu persatu kulit di badan Khairi yang menggelupas. 

         "Besar ularnya, hitam pulak tu. Amik kain telekung dan air putih." 
         "Nah kak! Macam mana boleh kena ye? tanya mak limah lagi.
         "Biasalah tu, kena lintasan kata orang, masa kita lalu, dia pun lalu, jadi  dia ikut sekalilah. Kalau kau lambat ubat dia,,,sampai bila-bila pun macam ni."

          Kak Long membaca sesuatu air dalam gelas, kemudia suruh Khairi minum dan buat mandi. Kemudian Kak Long am,bil kain telekung dilibas-libas badan Khairi kemudian seperti menghalus sesuatu keluar rumah sambil bercakap, "Keluar kau...keluar balik kat tempat kau...sapa suruh ikut cucu aku?" marah kak Long.

          Mak Limah dah biasa cara Kak Long mengubat, kelebihan Kak Long nampak benda-benda halus dan bercakap dengan mereka. Macam Mak Limah ni kelebihan Mak Limah pandai mengurut je. Namun kalau ada sesuatu yang tak kena Mak Lima dapat merasakannya.
         "Hah...dah okey dah...benda tu balik rumah dia. Kejap lagi si Khairi okeylah tu."

        Esoknya Mak Limah tengok badan Khairi dah kurang menggelupas kulitnya, geli geliman Mak Limah menarik satu persatu kulitnya yang menggelupas betul-betul macam kulit ular yang bersalin kulit, matanya pun dah tak merah, dah macam biasa dan tak demam lagi. Alhamdulillah...syukur kepada Allah, anak maklimah dah baik.

        Bila mak Limah tengok dan baca kisah budak-budak yang kena sakit kulit macam anak Mak Limah teringat akan kisah Khairi yang kena macam tu, tapi...taklah seteruk macam budak-budak yang terkena sakit kulit tu. Kata orang Kenan Ular...jadi pada ibu-ibu yang mengandung tu...kalau jumpa atau terserempak dengan ular tu, janganlah pukul dia, cuma halau secara lembut ataupun buat tak tau je.