Wednesday, January 19, 2011

PONTIANAK DI POKOK LANGSUIR


"POKOK LANGSUIR"

      Pernah dengar Pokok Langsuir? Rasanya kalau tengok gambar kat atas tu, tentulah semua orang tau tetapi bukannya semua tau nama pokok tu, dari jenis paku-pakis dan hidup menumpang kat pokok-pokok besar. Biasanya orang mencarinya di hutan macam pokok tanduk rusa. Memang orang suka menanamnya sebab cantik dan senang ditanam.

         Tapi.....kenapa pula orang namakannya pokok langsuir? Seram bila menyebut namanya, mak limah rasanya kalau mak limah cerita pasal pokok langsuir ni pasti ada yang tak mau membeli atau menanamnya kan? Adalah sebab kenapa orang namakannya "Pokok Langsuir".

            Mak Limah nak ceritalah ni....sebelum tu mak limah nak bagi tau pasal Kak Long, dia memang suka beli bunga, kalau datang rumah mak limah di Sg Buloh, pasti singgah kat kedai bunga di Kampung Melayu, KUSTA sg Buloh sebab kat situ bunga murah-murah. Kak Long paling suka bunga raya dan ros,macam-macam calour dia beli. Bila dah puas hati, dia akan singgah kat rumah mak limah.  

        "Kak Long dah habis beli bunga ke?" tanya mak limah, bila dia sampai kat rumah bersama anak perempuannya.

             "Dah....tapi sekarang dah mahal sikit, tak banyak bunga raya."

          "Beli tak pokok Langsuir tu? kan cantik tanam kat tepi kolam ikan Kak Long tu," tanya mak Limah sebab Kak Long baru saja membuat kolam hiasan, bunga-bunga tu dibelinya untuk ditanam di tepi  kolam ikannya.

         "Issshhh.....gila kau ni, nanti malam-malam puntianak bertenggek kat atas pokok tu," kata Kak Long.  

         "Alah...mengarut jelah Kak Long ni, tu pokok je, cantik kalau Kak Long tanam kat tepi kolam ikan tu. Lagi pun ramai orang tanam pokok tu."

         "Kau apa tau, kau tak pernah nampak, lagipun kau mana ada tanam bunga kat rumah kau ni. Nak tau Kak Long pernah nampak benda tu duduk bertenggek kat atas pokok tu, sebab itulah orang panggil "Pokok Langsuir"."

          "Ye ke? Isshhh....seramlah!"

        "Benda tu memang suka duduk atas pokok tu, tempat dia bermain.Pokok langusirkan tumbuh atas pokok-pokok besar, jadi benda tu sukalah bergayut, tempat dia main tau tak!"

           "EErrrr....pontianak ke Langsuir?" tanya aku gugup.

           "Dua-dua sama je!"

           "Isshhh...tak cayelah...!"

          "Tak percaya sudah! Tapi.....kalau rajin malam-malam jalan kat rumah orang yang ada tanam pokok ni,manalah tau untung-untung jumpa," usik kak Long.

           "Eerrr...taknaklah! tapikan.....betul juga sebab kat office, dia orang ada tanam pokok langsuir ni kat taman, memang cantik siap ada jambatan kecik. Tapi....malam-malam bila pengawal meronda kawasan tu, dia orang ada nampak perempuan pakai baju putih jalan kat situ,jalan slow je, melayang-layang pergi kat pokok tu."

         "Hah.....betullah tu, dahlah...aku nak makan ni, dah masak?" mak limah cuma diam aje memikir kadang-kala betul juga sebab Kak Long mempunyai keistimewaan boleh nampak makhlus halus.

         Nanti bila baca cerita ni jangan pula takut nak membeli "Pokok Langsuir ni pulak. ANDA BERANI?

"BIRD NEST"

           

3 comments:

Puteri Zaza said...

ala umah zaza ada la pokok ni..dh seram ni

AesyaZealous said...

waa.rumah sy ade banyak je pokok ni..besar gile pn ade. tp xde lah pulak benda bertenggek..huhuuhu

yuhana.y said...

semasa saya berubat sbb disihir dulu, pengamal perubatan tu nasihatkan jgn tanam pokok langsuir sbb pontianak suka bergayut dan jgn tanam pokok mangga di depan rumah...blkg xper...sbb hantu suka bergayut kt pokok mangga...tapi so far saya x pernah nampak lagi sebab x tanam pun pokok2 tu kat rumah... :)