Showing posts with label pontianak Pokok Langsuir. Show all posts
Showing posts with label pontianak Pokok Langsuir. Show all posts

Sunday, May 29, 2011

MAIN-MAIN HANTU

"Hantu Terbang"

Cerita seorang member yang kena usik dengan kawan-kawan lelaki yang nakal dan suka mengusik budak-budak perempuan yang tinggal di asrama. Adatlah bila tinggal di asrama biasanya cerita pasal hantu mesti ada. Takda kerja lain nak buat malam-malam selain suka mengusik. Cerita ni kawan aku sendiri yang cakap macam mana dia dan kawannya kena usik dengan budak-budak lelaki yang tinggal di asrama sebelahan dengan asrama dia orang. 

        Bila hari minggu, Milah dan Hasnah suka keluar ke pekan sampai lewat malam. Masa nak balik asrama tu kena jalan jauh masuk ke dalam sebab teksi tak boleh masuk kawasan asrama perempuan. Sepanjang jalan nak ke asrama banyak pokok-pokok besar di tepi jalan terutamanya poko0k sena dan pokok jejawi yang tinggi, besar dan banyak akar-akar berjuntai. Memang seram gila katanya. Disebabkan dia berjalan berdua jadi tidaklah terasa takut sangat.  Jadi sepanjang berjalan tu mereka dua menyanyi-nyanyi untuk menghilangkan rasa takut.

        Rupa-rupa tanpa pengetahuan dia orang, Malik dan Hadi sudah buat plan nak takutkan dia orang berdua. Si Malik ni dah jadi hantu pocong dengan muka dilumor dengan madu dan nescafe kemudian di taruhnya sirap merah kat mulut, sebiji macam hantu. Si hadi pula pakai kain putih dan rambut palsu macam pontianak. Betul-betul perangai mereka macam setan. Kata Milah dia orang tu buat macam tu sebab nak balas dendam kerana tidak mahu keluar dengan mereka berdua pergi dating di pekan sebab itulah dia buat macam tu.

           Malik menyorok kat belakang pokok Sena yang besar dan tinggi di tepi kolam ikan dan si Hadi pula memanjat pokok jejawi kononnya nak bergayut macam pontinak. Bila mereka berdua nampak kelibat si Milah dan Hasnah, Hadi yang berada di atas pokok Jejawi mulalah bergayut kat akar-akar pokok jejawi dan memasang suara pontianak mengilai, apalagi Hasnah dan Milah terkejut sakan dan menjerit ketakutan, lari lintang pukang kemudian si Malik pula sergah mereka di depan sambil melomnpat-lompat macam pocong.

          Bertambahlah terkejut dan membuatkan Milah dan Hasnah menjerit-jerit minta tolong. Hadi dan Malik ketawa terbahak-bahak bila melihat Hasnah dan Milah ketakutan. Tetapi mereka salah sangkah yang menyebabkan Hasnah dan Milah menjerit sakan adalah disebabkab mereka dah nampak hantu langsuir terbang melintasi kepala mereka.

          "Langsuir....langsuir...." jerit Milah.
      
          Hadi dan Malik pun hairan bila dengar Milah dan Hasnah menyebut Langsuir, mereka pun mendongak ke atas, alangkah terkejutnya dia orang bila nampak langsuir terbang sambil mengilai, apa lagi mereka berdua pun lari lintang pukang. Hadi terus melompat terjun ke bawah, kakinya terhenjut-henjut lari lintang pukang bersama Malik.

          Esoknya hebah di asrama Hadi dan Malik demam seminggu, begitu juga Milah dan Hasnah meracau ketakutan. Hadi dan Malik kena denda cuci tandas selama dua minggu. Bila mereka berempat berjumpa, masing-masing geli hati bila mengingatkan kembali masa mereka belajar di kolej.









Wednesday, January 19, 2011

PONTIANAK DI POKOK LANGSUIR


"POKOK LANGSUIR"

      Pernah dengar Pokok Langsuir? Rasanya kalau tengok gambar kat atas tu, tentulah semua orang tau tetapi bukannya semua tau nama pokok tu, dari jenis paku-pakis dan hidup menumpang kat pokok-pokok besar. Biasanya orang mencarinya di hutan macam pokok tanduk rusa. Memang orang suka menanamnya sebab cantik dan senang ditanam.

         Tapi.....kenapa pula orang namakannya pokok langsuir? Seram bila menyebut namanya, mak limah rasanya kalau mak limah cerita pasal pokok langsuir ni pasti ada yang tak mau membeli atau menanamnya kan? Adalah sebab kenapa orang namakannya "Pokok Langsuir".

            Mak Limah nak ceritalah ni....sebelum tu mak limah nak bagi tau pasal Kak Long, dia memang suka beli bunga, kalau datang rumah mak limah di Sg Buloh, pasti singgah kat kedai bunga di Kampung Melayu, KUSTA sg Buloh sebab kat situ bunga murah-murah. Kak Long paling suka bunga raya dan ros,macam-macam calour dia beli. Bila dah puas hati, dia akan singgah kat rumah mak limah.  

        "Kak Long dah habis beli bunga ke?" tanya mak limah, bila dia sampai kat rumah bersama anak perempuannya.

             "Dah....tapi sekarang dah mahal sikit, tak banyak bunga raya."

          "Beli tak pokok Langsuir tu? kan cantik tanam kat tepi kolam ikan Kak Long tu," tanya mak Limah sebab Kak Long baru saja membuat kolam hiasan, bunga-bunga tu dibelinya untuk ditanam di tepi  kolam ikannya.

         "Issshhh.....gila kau ni, nanti malam-malam puntianak bertenggek kat atas pokok tu," kata Kak Long.  

         "Alah...mengarut jelah Kak Long ni, tu pokok je, cantik kalau Kak Long tanam kat tepi kolam ikan tu. Lagi pun ramai orang tanam pokok tu."

         "Kau apa tau, kau tak pernah nampak, lagipun kau mana ada tanam bunga kat rumah kau ni. Nak tau Kak Long pernah nampak benda tu duduk bertenggek kat atas pokok tu, sebab itulah orang panggil "Pokok Langsuir"."

          "Ye ke? Isshhh....seramlah!"

        "Benda tu memang suka duduk atas pokok tu, tempat dia bermain.Pokok langusirkan tumbuh atas pokok-pokok besar, jadi benda tu sukalah bergayut, tempat dia main tau tak!"

           "EErrrr....pontianak ke Langsuir?" tanya aku gugup.

           "Dua-dua sama je!"

           "Isshhh...tak cayelah...!"

          "Tak percaya sudah! Tapi.....kalau rajin malam-malam jalan kat rumah orang yang ada tanam pokok ni,manalah tau untung-untung jumpa," usik kak Long.

           "Eerrr...taknaklah! tapikan.....betul juga sebab kat office, dia orang ada tanam pokok langsuir ni kat taman, memang cantik siap ada jambatan kecik. Tapi....malam-malam bila pengawal meronda kawasan tu, dia orang ada nampak perempuan pakai baju putih jalan kat situ,jalan slow je, melayang-layang pergi kat pokok tu."

         "Hah.....betullah tu, dahlah...aku nak makan ni, dah masak?" mak limah cuma diam aje memikir kadang-kala betul juga sebab Kak Long mempunyai keistimewaan boleh nampak makhlus halus.

         Nanti bila baca cerita ni jangan pula takut nak membeli "Pokok Langsuir ni pulak. ANDA BERANI?

"BIRD NEST"