"Hantu Terbang" |
Cerita seorang member yang kena usik dengan kawan-kawan lelaki yang nakal dan suka mengusik budak-budak perempuan yang tinggal di asrama. Adatlah bila tinggal di asrama biasanya cerita pasal hantu mesti ada. Takda kerja lain nak buat malam-malam selain suka mengusik. Cerita ni kawan aku sendiri yang cakap macam mana dia dan kawannya kena usik dengan budak-budak lelaki yang tinggal di asrama sebelahan dengan asrama dia orang.
Bila hari minggu, Milah dan Hasnah suka keluar ke pekan sampai lewat malam. Masa nak balik asrama tu kena jalan jauh masuk ke dalam sebab teksi tak boleh masuk kawasan asrama perempuan. Sepanjang jalan nak ke asrama banyak pokok-pokok besar di tepi jalan terutamanya poko0k sena dan pokok jejawi yang tinggi, besar dan banyak akar-akar berjuntai. Memang seram gila katanya. Disebabkan dia berjalan berdua jadi tidaklah terasa takut sangat. Jadi sepanjang berjalan tu mereka dua menyanyi-nyanyi untuk menghilangkan rasa takut.
Rupa-rupa tanpa pengetahuan dia orang, Malik dan Hadi sudah buat plan nak takutkan dia orang berdua. Si Malik ni dah jadi hantu pocong dengan muka dilumor dengan madu dan nescafe kemudian di taruhnya sirap merah kat mulut, sebiji macam hantu. Si hadi pula pakai kain putih dan rambut palsu macam pontianak. Betul-betul perangai mereka macam setan. Kata Milah dia orang tu buat macam tu sebab nak balas dendam kerana tidak mahu keluar dengan mereka berdua pergi dating di pekan sebab itulah dia buat macam tu.
Malik menyorok kat belakang pokok Sena yang besar dan tinggi di tepi kolam ikan dan si Hadi pula memanjat pokok jejawi kononnya nak bergayut macam pontinak. Bila mereka berdua nampak kelibat si Milah dan Hasnah, Hadi yang berada di atas pokok Jejawi mulalah bergayut kat akar-akar pokok jejawi dan memasang suara pontianak mengilai, apalagi Hasnah dan Milah terkejut sakan dan menjerit ketakutan, lari lintang pukang kemudian si Malik pula sergah mereka di depan sambil melomnpat-lompat macam pocong.
Bertambahlah terkejut dan membuatkan Milah dan Hasnah menjerit-jerit minta tolong. Hadi dan Malik ketawa terbahak-bahak bila melihat Hasnah dan Milah ketakutan. Tetapi mereka salah sangkah yang menyebabkan Hasnah dan Milah menjerit sakan adalah disebabkab mereka dah nampak hantu langsuir terbang melintasi kepala mereka.
"Langsuir....langsuir...." jerit Milah.
Hadi dan Malik pun hairan bila dengar Milah dan Hasnah menyebut Langsuir, mereka pun mendongak ke atas, alangkah terkejutnya dia orang bila nampak langsuir terbang sambil mengilai, apa lagi mereka berdua pun lari lintang pukang. Hadi terus melompat terjun ke bawah, kakinya terhenjut-henjut lari lintang pukang bersama Malik.
Esoknya hebah di asrama Hadi dan Malik demam seminggu, begitu juga Milah dan Hasnah meracau ketakutan. Hadi dan Malik kena denda cuci tandas selama dua minggu. Bila mereka berempat berjumpa, masing-masing geli hati bila mengingatkan kembali masa mereka belajar di kolej.
MAIN2 SGT... KAN DH KENA KACAU HEHEHE... 'MENYERAMKAN BOLEH NAIK BULU ROMA YEEEEE'
ReplyDeleteBLOG ANDA MENJADI SALAH 1 TERJAHAN OH! BLOGWALKING