Wednesday, August 10, 2011

PERAYAAN HANTU (HUNGRY GHOST)





Perayaan Hantu ialah sebuah perayaan Cina yang disambut oleh orang Cina di merata dunia. Dalam kalendar Cina (kalendar lunisolar), Perayaan Hantu jatuh pada malam ke-14 bulan ke-7.
Mengikut adat resam Cina, hari ke-13 bulan ke-7 dalam kalendar qamari bergelar Hari Hantudan bulan ketujuh secara amnya dianggap sebagai Bulan Hantu (鬼月), iaitu apabila hantu-hantu dan roh-roh, termasuklah para leluhur yang lama meninggal, keluar dari alam ghaib. Ketika perayaan Qingming ahli keluarga yang masih hidup memberi penghormatan kepada leluhur mereka manakala pada Hari Hantu yang meninggal menziarahi yang hidup. Pada hari ke-13 ketiga-tiga alam SyurgaNeraka dan fana dibuka dan pada masa ini penganut agama Tao dan Buddha melaksanakan upacara amal untuk mengubah dan membebaskan penderitaan orang yang meninggal. Ciri-ciri terpenting dalam Bulan Hantu ialah penyembahan nenek moyang, yang mana ketaatan para keturunan disambungkan kepada para leluhur walaupun selepas kematian mereka. Kegiatan yang dijalankan pada bulan ini termasuk menyediakan persembahan makanan secara ritual, pembakaran wang neraka dan bungkusan yang mendandungi kain untuk memberi penghormatan kepada roh-roh leluhur yang menziarah, iaitu melayan orang yang meninggal seolah-olah mereka masih hidup. Makanan dihidangkan dengan kerusi kosong bagi setiap ahli yang meninggal dalam keluarga. Keraian yang lain termasuk melepaskan perahu kertas kecil dan tanglung di atas air, yang menandakan tindakan membantu roh-roh sesat mencari jalan.


Dan apa yang kawan dewi malam cakap, pada perayaan hantu tu adalah tidak baik untuk mengadakan majlis perkahwinan kerana takut malang menimpa dan juga tidak digalakkan keluar malam takut berlaku kemalangan. Oleh sebab itulah mereka mengadakan wayang Opera Cina kononnya untuk memberi hiburan kepada hantu-hantu tersebut agar tidak mengganggu manusia. Mereka percaya kebanyakan kemalangan yang berlaku pada bulan tersebut mempunyai kaitan dengan gangguan hantu-hantu yang laparkan darah.

Kawan dewi malam juga kata sepupunya yang baru balik dari luar negeri tidak mempercayai tentang adanya hantu-hantu yang berkeliaran di waktu perayaan hantu tersebut. Suatu hari sepupunya telah berkunjung ke sebuah Tokong untuk mengambil gambar-gambar yang menarik sewaktu persembahan dilakukan. Alangkah terkejutnya sepupunya itu apabila gambar yang diambilnya sudah siap dicuci, dia dapat melihat hanya tangan hantu yang sedang mengambil makanan di atas meja persembahan itu. Sejak itu barulah dia mempercayai wujudnya hantu. 

[sunting]

No comments:

Post a Comment

Mesti komen kalau tak nanti aku bakor!!!