Tuesday, February 1, 2011

"Tok!.Cucu nak tumpang buang air"



"Cantik Pemandangan Air Terjun, Tapi Banyak Misteri Disebaliknya"

" Atok...cucu tumpang lalu.....! "Tok...cucu tumpang buang air" Lucukan? Bila orang tua-tua berpesan jangan buang air merata tempat, terutamanya di semak-semak, pokok-pokok besar, di hutan ataupun kat air terjun tempat kita berkelah. Kalau terpaksa juga, kita kena minta izin kat penunggu tempat kita nak buang air, terutamanya kalau kawasan tu macam menyeramkan, ada pokok besar atau kawasan bersemak. Tak percaya? susah juga mak limah nak cakap. Pasal kadang-kala ada logiknya sebab kita tidak nampak benda-benda halus ni. Kita tak nampak tempat dia tinggal, kalau nasib tak baik kita main buang je kat umah dia, jadi bila balik...orang kata nanti anu kita besarlah, bengkaklah dan macam-macam. Masih tak percaya lagi? Kalau nak tau, cuba-cubalah senja-senja tu pergi cari pokok besar dan pergi buang air, nanti ada jadi apa-apa tak? Kalau tak terjadi apa-apa tu, kiranya okeylah tu...! Lagi...dia orang kata biasanya selalu kena kat orang yang lemah semangat, lagi senang kena.

         Sekarang Mak Limah nak cerita kisah Kak Long semasa dia mengandungkan anak keduanya.  Kak Long sampai sekarang cuma ada dua orang anak saja, seorang lelaki dan seorang perempuan . Dia dah tak bolih beranak lagi sebab semasa mengandungkan anak kedua, dia ada masaalah semasa mengandung dan anaknya tu lahir tak cukup bulan. Semuanya bermula seperti apa yang Mak Limah ceritakan di atas, ketika itu Kak Long belum lagi tau apa-apa benda berkaitan makhluk halus seperti sekarang ni. 

          Kisah ni terjadi semasa Kak Long dan suami dalam perjalanan balik dari rumah abang Mak Limah yang tinggal di Kuantan. Semasa dalam perjalanan Kak Long dah tak tahan nak buang air, lantas Kak Long suruh suaminya berhenti bila ternampak ada kawasan perkelahan air terjun. Lantas Kak Long pun mencari tempat yang tersembunyi untuk membuang air kecil, masa tu orang taklah ramai. Selang dua hari Kak Long mulai sakit perut, ada sedikit darah keluar. Abang Long panik lalu bawa Kak Long ke hospital. Apa lagi Kak Long kena tahan, masa tu kandungan Kak Long dah masuk tujuh bulan. Masa berada di wad, Kak Long mula bermimpi yang bukan-bukan dan kadang-kala nampak orang perempuan berbaju putih dan berambut panjang tidur di katil sebelahnya. Apa lagi Kak Long menjeritlah ketakutan, kelam-kabut nurse datang bila tengok Kak Long menjerit dan darah keluar dari bawah

         Sebenarnya doktor pun hairan apa yang berlaku, nasib baik tak terjadi apa-apa kat kandungan dia. Dalam bilik wad tu, Kak Long duduk kelas satu, cuma ada empat katil dan masa kejadian cuma ada dua orang je dalam bilik tu. Bila seorang dah keluar tinggal Kak Long seorang.  Setiap malam selalu juga Kak Long kena ganggu dengan hantu perempuan tu, Kak Long kata hantu tu marah-marah sebab Kak Long dah kencing rumah dia. Barulah Kak Long ingat yang dia dah buang air di tempat larangan. Kak Long tak cerita pada suaminya sebab suaminya tu tidak percaya benda-benda macam tu.

        Kak Long bagi tau pada ayah dan minta cuti satu hari dari doktor kononnya nak balik rumah sekejap, bila dah balik ayah pun bawa Kak Long berubat di rumah kawannya seorang ustaz. Selepas berubat barulah Kak Long tidak lagi diganggu. Selepas Kak Long balik semula ke hospital, tiba-tiba Kak Long sakit perut, rupa-rupanya Kak Long sakit nak bersalin, tak cukup bulan. Alhamdulillah...Kak Long selamat bersalin dan doktor terus ikat peranakannya untuk kesihatannya. Sekarang anak Kak Long dah besar dah masuk umur tiga puluhan dan masih belum kawin-kawin, Masa kejadian tu Mak Limah ingat-ingat lupa umur lebih kurang 13 tahun. Untuk orang yang mengandung tu, kalau nak keluar rumah tu, beringatlah selalu, baca ayat-ayat Kursi sebelum melangkah keluar rumah.

        Percaya tak? Mak Limah tak tau nak cakaplah, terpulang kepada semua kalau nak percaya, cuma Mak Limah nak  ingatkan kita janganlah sesuka hati nak buang air besar/kecil merata-rata tempat,. Kita kena ingat dalam dunia ni bukan manusia je yang ada rumah, makhluk halus puin ada rumah juga cuma kita tak nampak dengan mata kasar. Tapi...kalau dah terpaksa nak buang juga air kecil tu,kena cakap..."Tok!.cucu  tumpang buang air". Jangan ketawa pula, kelakar kan? Kalau masih tak percaya, cuba tanya kat orang tua-tua, apa nanti dia orang cakap.



         

2 comments:

AesyaZealous said...

haiii tak sanggup eden nak kencing rata rata..huk3

CikLilyPutih said...

seramlah