Sunday, April 24, 2011

JANGAN BERANI AMBIL SEBARANGAN BATU-BATU KAT SUNGAI


        Saya saja nak cerita pasal batu kat sungai, saya bukan saja-saja nak buat cerita tau, terpulanglah kalau nak percaya, tetapi memangnya terjadi kat kawan satu office saya.  Budak perempuan ni jenis lemah semangat  budaknya. Kat office dia akan cari saya kalau terkena tegur ataupun nak urut sikit-sikit kat tangan ke, kaki ke atau bahu.  Cuma kawan-kawan terdekat je yang mana tahu akan cari saya. Tapi...bukan pun pandai sangat, sebenarnya apa-apa pekerjaan yang kita buat adalah kerana Allah dan seikhlas hati untuk menolong.

        Saya namakan kawan saya ni, Ani. Budaknya cantik juga, gila-gila sikit perangainya. Satu ari tu dia cari saya, katanya kakinya lemah sangat, lenguh lain macam dan terasa panas, badan tak berapa sihat macam seram sejuk. Jadi dia cari saya macam-macam tau saja saya ni boleh tolong dia, sebenarnya saya bukanlah pandai macam tok bomoh, kadang-kadang bila orang minta tolong, saya tolonglah, kalau kita yakin pada Allah, dia pun yakin kita boleh membantunya, insyaallah boleh sembuh. Itupun saya cuma baca ayat Kursi, Tiga Kul dan Bismillah sebanyak 21 kali dan bertawakal kepada Allah.Saya tanya dia ada mimpi apa-apa tak? Dia kata dia mimpi banyak lebah, saya cuma senyum saja. Kemudia saya tanya dia, ada pergi ke mana-mana tak? Dia kata dia ada pergi mandi Kat Templer Park. Saya senyum lagi sebab saya tau tempat macam tu keras sikit lebih-lebih lagi kalau tak jaga tingkah-laku kita. Kemudian saya tanya lagi, ada ambil apa-apa kat situ. Dia kata dia ada ambil batu-batu kecil untuk hiasan kat rumah. Saya nasihatkan lain kali kalau nak ambil apa-apa benda kat hutan atau sungai kena minta izin sebab kita tak tau mungkin kita dah ambil kepunyaan makhluk halus. Saya nasihatkan dia nanti pulangkan balik batu tu ke sana.

       Sebenarnya saya pernah sekali bawa anak-anak mandi kat Templer Park, itupun saya cuma bawa anak mandi kat kawasan air sungai cetek saja, malas nak pergi panjat kat air terjun yang tinggi tu. Masa saya tunggu anak-anak mandi, saya duduk kat pokok buluh yang merimbun, entah kenapa hati saya tak sedap saja, macam berkata-kata tempat tu ada penunggunya. Saya macam biasa bacalah apa yang patut. Malam tu saya mimpi pergi ke rumahnya yang tempat tinggalnya di atas pokok, seram jugalah, kalau nak tau itulah rumah jin sebab ada tiga beranak. Jadi....sebab itulah saya tau kita tidak boleh sebarangan terjah tempat mereka, macam saya tu mungkin makhluk tu saja nak tunjuk saya rumahnya kat situ.

      Kesian juga tengok si Ani tu, berkerut dahinya menahan sakit, jalan pun terhenjut-henjut. Saya suruh dia ambil air satu gelas dan saya bacakan ayat-ayat seperti saya kata tadi, hembus sikit kat air tu kemudian saya renjis-renjis kat kaki dia. Nak tau apa terjadi?  Ani terus menjerit, panas kata dia, saya gelak saja takut-takut dia bergurau. Dai kata dia tak main-main, memang rasa panas semasa saya jirus air tu kat kaki dia kemudian saya suruh dia minum air tu dan urut sikit kakinya yang lenguh. 

       Bila saya balik kat office, dia talipon kata dah ok, dah kurang sikit lenguh di kakinya. Saya nasihatkan dia nanti bila balik rumah sewaktu mandi baca ayat Kursi lagi. Esoknya dia datang jumpa saya cerita malam tu dia mimpi ada budak kecik lambai-lambai kat dia dan cakap terima kasih. Saya cuma nasihatkan dia lain kali jangan berani ambil benda-benda kat hutan atau sungai, maklumlah bukan kita saja yang tinggal di bumi ni. Apa yang saya tau si Ani memang muda lemah semangat selalu juga nampak benda-benda halus.

2 comments:

Mesti komen kalau tak nanti aku bakor!!!