Saturday, April 20, 2013

HANTU SAKA

        Rasanya membaca tentu sudah faham tentang hantu saka ni, antara nak percaya atau tidak. Tetapi bila sudah terkena pada keluarga sendiri barulah tahu musibahnya. Kalau nak tahu biasanya orang tua kita dulu-dulu memang suka menuntut ilmu kononnya untuk pendinding, jaga ladang, jaga kebun dari diceroboh oleh orang luar tanpa memikirkan bahawa perkara begitu adalah shirik. Dan juga akan menyusahkan keluarga apabila orang membela saka itu sudah meninggalkan dunia.

         Kawan baik saya sendiri pun terkena dengan gangguan hantu raya, sebenarnya dia sendiri tidak tahu dibadannya ada saka. Namun begitu saya dapat mengagaknya kerana memang ada pengalaman dan banyak membaca hal-hal saka apatah lagi kakak sulung saya seorang yang boleh melihat mahluk halus ni dan juga boleh berkomunikasi dengan mereka. Kadang-kala kawan-kawan yang rapat yang terkena gangguan makhluk halus saya minta kakak tolong, alhamdullilah sembuh melain kalau gangguan dari perbuatan orang kakak memang tidak mahu tolong kerana risikonya tinggi, silap haribulan kita pulak yang diganggunya.

        Berbalik kepada kawan saya tadi si A, dia selalu sakit kepala, bila time rehat je dia akan tidur di surau, saya nasihatkan jangan ambil ubat darah tinggi  kerana usia masih muda, amalkan cara ubatan tradisional aja. Saya mula perasaan apabila suatu hari kepala semakin sakit bila chek kat doktor biasa je, lagi satu saya tengok bila time makan dia akan makan banyak, sekali ambil nasi sebumbung, macam tak kenyang, lepas makan nasi, dia boleh makan kueh atau sebagainya. Apa lagi saya tanya kakak, dia kata si A ni memang ada saka hantu raya, duduk di atas kepalanya sebab itulah kepalanya selalu sakit. Saya pun tanya dia, emak dia ada bela hantu raya ke? Dia mengaku nenek dia memang ada bela hantu raya, tetapi dia memang tak tahu yang di badannya ada benda tu.

        Bila dia dah tahu perkara itu, dia pun pergi berubat bersama emaknya untuk membuang saka yang menganggunya, alhamdulillah sejak itu dia tidak diganggu lagi namun begitu selagi neneknya masih hidup saka itu akan tetap menganggu anak cucunya untuk mencari pengganti, cuma kawannya saya itu saya sarannya selalulah berzikir selepas habis sembahyang. Makan pun dah tak banyak tetapi perangai degil tu masih ada, tak boleh ditegur.

         Sekarang cerita pasak emak saya pula, dia seorang yang cengih dan panas baran, langsung tak boleh ditegur akan jadi gaduh besar, kalau nak tahu perangai orang ada yang membela ni, hatinya memang penuh hasrat dengki, time marah mata merah menyala memang bukan macam orang, suka cerita keburukan anak-anak pada orang lain padahal benda itu tidak berlaku. Memang tidak percayakan?hinggakan kami adik beradik gaduh besar dengan perangai dia yang melaga-lagakan kami adik beradik kemudian cerita kepada orang kami tak jaga dia. Sembahyang pun tak mahu kalau paksa gaduh besar, mandi pun kena paksa, tak mandi..last malas nak layan. Dia memang tak boleh duduk rumah anaknya lama-lama mungkin panas kot? Antara kami adik-beranak, aku dan kakak sulung tak makan hasutannya yang selalu ceritanya anak-anaknya tak bagi dia makan, buat dia macam-macam sampaikan abang ngah aku pernah repot polis kerana termaskan cakapnya kononnya kakak yang sulung nak bunuh dia. Aku memang dah tahu emak ada benda dibadannya sebab kakak dah tengok sebab itulah bila berjumpa kakak dia kata kakak jahat sebab dia takut dengan kakak dan aku memang task layan dengan kerenahnya sebab aku memang penyabar.

        Baru-baru ini aku baru tahu bial abang sulung cerita perhal emak masa muda-muda ketika itu ayah kawin dua, emak dah pergi jumpa bomoh untuk menundukkan ayah, baru aku tahu selama ini ayah memang ikut cakap emak, bila bergaduh memang perang besar, emak dgn ayah seklalu bergaduh tetapi usia perkahwinan mereka panjang sebab ayah iktu aja cakap emak hinggalah ayah dah meninggal. Selepas ayah meninggal perangai dia makin menjadi, aku ingatkan dah berubah, suka cari gaduh dgn anak-anaknya lebih-lebih lagi pasal duit, kadang kala dia nyanyuk atapun buat-buat nyanyuk. Usia emak dah masuk 80an tetapi masih sihat dah suka berjalan dan berani, baru kami perasan agaknya benda yang ada dibadannya membuatkan dia kuat sedangkan emak dah dua kali jatuh tetapi masih kuat. Sekarang kami tengah cari jalan macam mana nak bawa emak berubat, kak yang sulung memang marah sangat dengan perangai emak, masa dia bergaduh besar dengan emak, masa itu dia boleh mengamuk macam orang gila, kakak memang dah tahu yang mengamuk tu benda tulah, jadi kakak sumbat mulut dia dengan garam yang dah jampi lagilah dia mengamuk dan cerita dgn orang kakak nak bunuhnya. Esoknya dia cerita dengan abang yg no. 4 kak nak bunuhnya dan tunjuk kepala dia berdarah kakak tolak padahal dia sendiri terantuk kat cuku meja semasa dia meronta-ronta, dan abang boleh buat repot polis.

         Baru-baru ini emak buat hal cerita dgn orang dia kena aniaya dan kena pukul dgn adik bungsu yang selalu tengok dia, siap buat repot polis dan buat IC baru sebab nak keluar duit dibank, mita orang tolong teman kan dia. Barulah kami semua adik-beradik perasan yang selama ni emak ada saka sebab itulah perangai dia pun memang lain dari lain dan tidak mempunyaim sifat keibuan dan kalau nak tahu kami lebih sayangkan ayah dari ibu. Dan kami tahu kini segala tindak tanduknya bukanlah dirinya yang sebenar tetapi sifat syaitan yang berada di dalam tubuhnya.

         Anda semua jangan ambil mudah pada keluarga kita melainkan beriman padam Allah swt. dan minta lah pertolongan dari golongan orang-orang beriman dari berjumpa bomoh yang kebanyakkanya memang berdamping dengan Jin.


3 comments:

  1. SALAM...KALAU EMAK KAKAK ADA SAKA...BEGITU JUGA DENGAN KAKAK KOT?? HANTU SAKA NI AKAN CARI ANAK YANG SULONG ATAU ANAK BONGSU...ATAU ANAK YANG DIA PALING SAYANG...

    DAN BAGI MEREKA YANG BOLEH NAMPAK HANTU NI SELALUNYA KAT DIA PUN ADA SAKA...

    ReplyDelete
  2. SALAM...KALAU EMAK KAKAK ADA SAKA...BEGITU JUGA DENGAN KAKAK KOT?? HANTU SAKA NI AKAN CARI ANAK YANG SULONG ATAU ANAK BONGSU...ATAU ANAK YANG DIA PALING SAYANG...

    DAN BAGI MEREKA YANG BOLEH NAMPAK HANTU NI SELALUNYA KAT DIA PUN ADA SAKA...

    ITU APA YANG SAYA TAHU..

    ReplyDelete
  3. Askm..bagi pendapat saya xpie tak taulh pendapat orang lain.bagi saya x semestinya orang2 yg boleh melihat benda2 yg ghaib mempunyai saka..seperti yg diperkatakan oleh anonymous..

    ReplyDelete

Mesti komen kalau tak nanti aku bakor!!!